Options
Kredibiliti Laman Web Irsyad Fatwa sebagai Medium Rujukan Pembelajaran Agama di Kalangan Pelajar Quran Sunnah
Date Issued
2023-01-28
Author(s)
Muhammad Hakimi Bin Zakaria Talib
Muhammad Wafiq Bin Muhammad Fauzi
Muhammad Nabil Bin Mohd Muhauyidin
Syed Najihuddin bin Syed Hassan
Abstract
Irsyad Al-Fatwa merupakan salah satu laman web yang menghimpunkan soal jawab khusus bersama mufti Wilayah Persekutuan mengenai persoalan-persoalan berhubung masalah agama terutamanya akidah, fiqh, akhlak dan lain-lain.Persoalan-persolan ini akan dibahas dan di ulas dengan huraian berserta nas daripada al quran dan hadis. Namun didapati, pelajar fakulti Al-quran dan sunnah, USIM sering mengalami kesusahan dalam mencari rujukan dalam memahami permasalahan agama yang bersifat kontemporari, dipercayai dan muktabar. Justeru laman web Irsyad Al-Fatwa dapat membantu dalam menyediakan maklumat berkaitan kemusykilan agama. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui sejauh mana kredibiliti laman web irsyad fatwa sebagai medium pembelajaran agama buat pelajar fakulti pengajian quran dan sunnah.Kajian ini juga bertujuan untuk melihat sikap pelajar terhadap maklumat agama yang disediakan dalam laman web irsyad fatwa. Jenis kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah kualitatif iaitu melalui kajian kepustakaan dan kuantitatif iaitu melalui kajian soal selidik. Kesimpulannya, kewujudan laman web irsyad fatwa memudahkan pelajar fakulti al-quran dan sunnah untuk memperoleh maklumat berkaitan agama yang terpercaya dan menjadikannya sebagai salah satu medium pembelajaran agama dengan mengikut kredibiliti maklumat. Justeru, diharapkan kajian ini dapat menjadi manfaat dan pengetahuan kepada pelajar fakulti pengajian al quran dan sunnah khususnya dalam membuat penilaian terhadap sesuatu maklumat dalam talian.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
KREDIBILITI LAMAN WEB IRSYAD FATWA SEBAGAI MEDIUM RUJUKAN PEMBELAJARAN AGAMA DI KALANGAN PELAJAR QURAN SUNNAH..pdf
Size
389.02 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):c21e32e52c1feef8959f25269063bf94