Publication:
Peranan Kaunselor Dalam Penerapan Intergrasi Ilmu Aqli Dan Naqli Dalam Kesejahteraan Manusia

No Thumbnail Available

Date

2018

Journal Title

Journal ISSN

Volume Title

Publisher

Lembaga Kaunselor

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Kertas kerja ini membicarakan tentang peranan kaunselor dalam amalan ilmu aqli dan naqli membentuk kesejahteraan hidup manusia. Sejak perkhidmatan kaunseling di perkenalkan di Malaysia bidang ini mengalami perkembangan yang cukup positif bermula dengan memperkenalkan matlamat dan fungsi kaunseling kepada masyarakat sehinggalah profesion kaunseling kini amat signifikan dalam perkhidmatan awam di Malaysia. Perkhidmatan kaunseling telah melalui fasa-fasa perubahan yang dinamik dalam masyarakat dan menjadi sumber rujukan utama apabila berlakunya isu dan masalah melibatkan kes-kes kesihatan mental, penyelewengan tingkah laku seksual, penyalahgunaan bahan, kesedihan dan trauma. Justeru, peranan kaunselor pada abad 21 ini semakin mencabar bukan sahaja perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran menjalankan sesi kaunseling, malah perlu sedar sejauh mana tahap penguasaan ilmu kaunseling setara dengan isu dan masalah semasa. Dengan kepesatan teknologi dan perubahan gaya hidup manusia yang semakin kompleks, kajian menunjukkan perlunya kembali kepada aspek kerohanian adalah signifikan dalam hidup manusia. Maka, usaha penerapan nilai-nilai murni belum cukup untuk membantu seseorang kaunselor muslim menjadi katalis yang dapat membantu masyarakat. Sehubungan itu, Intergrasi ilmu aqli dan naqli amat signifikan dalam proses kaunseling untuk mengingatkan manusia menjalankan fungsi sebagai khalifah menerusi elemen-elemen kerohanian Islam seperti muhasabah diri, kesedaran melaksanakan tugas dengan penuh tanggung jawab, mengutamakan hak dan batil, dosa dan pahala, dan ukhrawi dan duniawi. Kaunselor muslim yang dapat menghayati dan menguasai ilmu aqli dan naqli dengan berkesan dapat membantu klien mencari jalan keluar dari masalah menerusi petunjuk dan hidayah dari Allah swt yang merentas etnik, bangsa dan agama.

Description

Keywords

Kaunselor; Integrasi ilmu; Aqli dan Naqli; Kesejahteraan manusia

Citation