Options
Konsep Budaya Hedonisme & Garis Panduan Berkaitan daripada Al-Quran dan As-Sunnah
Date Issued
2024
Author(s)
Nur Amirah binti Mohd Zaidi
Nurul Maisarah binti Zaharuddin
Nurul Hannah binti Shukor
Sukhairu bin Sulaiman
Abstract
Artikel ini bertujuan menerangkan konsep hedonisme beserta bukti bagi menyokong setiap hujah yang akan diberikan. Artikel ini akan mengupas dengan terperinci mengenai sejarah budaya hedonisme di samping mengenal pasti ciri-ciri mereka yang mengamalkan budaya ini dalam kehidupan. Selain itu, penulis juga akan mengulas perbezaan budaya hedonisme pada zaman dahulu dan masa kini serta membincangkan garis panduan daripada Al-Quran dan As-Sunnah berkaitan dengannya. Objektif artikel ini adalah untuk memberi pendedahan berkaitan hedonisme yang berkait rapat dengan hiburan duniawi, iaitu satu bentuk pemikiran yang berpandangan bahawa memaksimumkan keseronokan adalah perkara terbaik dalam kehidupan manusia. Budaya ini telah meresap dalam minda manusia terutamanya anak-anak muda yang diharapkan dapat menjadi tunjang kepada sebuah negara dan aset kepada umat Islam secara umumnya. Kajian ini adalah berbentuk kualitatif yang bergantung kepada beberapa kaedah pengumpulan data dan analisis yang melibatkan penyelidikan dalamkajian. Antara kaedahnya ialah pembacaan Al-Quran, buku dan jurnal yang berkaitan dengan tajuk kajian. Setelah melihat keutuhan akidah serta kepercayaan yang amat tinggi oleh orang Islam terhadap Tuhan Yang Maha Esa, Allah SWT, musuh Islam telah menjadikan budaya hedonisme ini sebagai senjata utama mereka dalam melemahkan umat Islam secara halus. Oleh yang demikian, signifikan artikel ini adalah untuk menjadi salah satu medium bagi kita memahami isu ini seterusnya membanteras budaya ini daripada menular dalam kalangan masyarakat melalui garis panduan Al-Quran & As-Sunnah. Hal ini adalah kerana penyebaran budaya hedonisme ialah ancaman dan penyebab kerosakan sekiranya ianya tidak dibendung daripada sekarang.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Konsep Budaya Hedonisme & Garis Panduan Berkaitan daripada Al-Quran dan As-Sunnah.pdf
Size
443 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):24e3b2715b59042c65e75608f0afc900