Publication:
Meningkatkan Pengetahuan Salasilah Keluarga Nabi Muhammad SAW Melalui Teknik C-Lah dalam Kalangan Kanak-Kanak Bajau Laut di Semporna, Sabah

dc.contributor.authorMuhammad Nurhakim Mohd Azmi
dc.contributor.authorNurul Shamimi Zambri
dc.contributor.authorHalimatus Saadiah Mat Saad
dc.date.accessioned2024-09-04T04:25:42Z
dc.date.available2024-09-04T04:25:42Z
dc.date.issued2024
dc.descriptionE-Proceeding of 4th International Conference on Islam, Media and Communication (ICIMac 2024): “Communication & Digitisation in Madani Society”/ Muhammad Raqib Mohd Sofian, Siti Suriani Othman, Safiyyah Sabri, Osama Kanaker & Ihab Ahmed Ra’uf Awais. 5th March 2024 Organized by : Faculty of Leadership & Management
dc.description.abstractBidang pembelajaran sirah merupakan satu bidang penting dan perlu dipelajari oleh semua murid di sekolah. Salah satu cabang yang terdapat dalam bidang pembelajaran sirah adalah pembelajaran berkaitan salasilah keluarga nabi Muhammad SAW. Namun, bagi kanak-kanak Bajau Laut, mereka tidak diberikan peluang untuk menduduki proses pembelajaran secara formal di dalam bilik darjah. Perkara ini telah menyebabkan mereka kurang pengetahuan tentang salasilah keluarga nabi. Kajian ini dijalankan bagi meningkatkan pengetahuan dalam kalangan kanak-kanak Bajau Laut tentang salasilah keluarga nabi Muhammad SAW khususnya untuk mengenali ibu dan bapa nabi melalui teknik “C-Lah”. Kajian ini dilaksanakan ke atas lapan orang kanak-kanak Bajau Laut yang terlibat dengan program Madrasah Terapung Community and Research Based Education, IPG Kampus Tawau di Pulau Mabul, Semporna, Sabah yang terdiri daripada dua orang kanak-kanak lelaki dan enam orang kanak-kanak perempuan. Tinjauan dan analisis masalah telah dilakukan bagi proses pengumpulan data melalui kaedah temubual dan pemerhatian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa hampir keseluruhan kanak-kanak Bajau Laut dapat mengenali nama ibu dan bapa nabi Muhammad SAW. Secara keseluruhannya, teknik C-Lah dalam buku cerita “Mari Kenal Nabi Kita” yang ditulis dalam Bahasa Bajau Laut sebagai medium komunikasi berjaya menunjukkan peningkatan pengetahuan yang positif terhadap kanak-kanak Bajau Laut dalam mengingati nama ibu dan bapa nabi dalam proses mempelajari salasilah keluarga nabi Muhammad SAW. Kajian ini diharapkan mampu menyumbang kepada literatur kajian untuk pengkaji seterusnya demi kelangsungan pendidikan kanak-kanak etnik Bajau Laut khasnya serta kanak-kanak yang tidak pernah mendapat pendidikan formal amnya.
dc.identifier.citationMuhammad Raqib Mohd Sofian, Siti Suriani Othman, Safiyyah Sabri, Osama Kanaker, & Ihab Ahmed Ra’uf Awais (Eds.). (2024). In 4th International Conference on Islam, Media and Communication (ICIMac 2024) (pp. 1–501).
dc.identifier.urihttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/22325
dc.language.isoms
dc.publisherFaculty of Leadership & Management
dc.relation.isbne-ISBN : 9789672614722
dc.subjectSirah
dc.subjectSalasilah keluarga nabi
dc.subjectKanak-kanak Bajau Laut
dc.subjectTeknik C-Lah.
dc.titleMeningkatkan Pengetahuan Salasilah Keluarga Nabi Muhammad SAW Melalui Teknik C-Lah dalam Kalangan Kanak-Kanak Bajau Laut di Semporna, Sabah
dc.typetext::conference output::conference proceedings::conference paper
dspace.entity.typePublication
oaire.citation.endPage28
oaire.citation.startPage22
oairecerif.author.affiliation#PLACEHOLDER_PARENT_METADATA_VALUE#
oairecerif.author.affiliation#PLACEHOLDER_PARENT_METADATA_VALUE#
oairecerif.author.affiliation#PLACEHOLDER_PARENT_METADATA_VALUE#

Files

Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
Meningkatkan Pengetahuan Salasilah Keluarga Nabi Muhammad SAW Melalui Teknik C-Lah dalam Kalangan Kanak-Kanak Bajau Laut di Semporna, Sabah.pdf
Size:
428.97 KB
Format:
Adobe Portable Document Format
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
No Thumbnail Available
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed to upon submission
Description: