Options
Penerapan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Untuk Membendung Gelombang Ekstremisme Dalam Kalangan Warga SMKA
Date Issued
2024
Author(s)
Ain Shahirah Zailan
Ahmad Aflah Mukmin Ahmad Rusli
Izhar Saqeef Borhan
Nuwair Luqman Nor Asri
Muhammad Ameer Sofwan Azizulmalik
Nur Afrina Liyana Affandi
Wan Nurina Izzah Wan Imran
Abstract
Program penerapan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi di peringkat sekolah yang dilancarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di bawah dasar Kerajaan Madani bertujuan untuk memperkukuh nilai-nilai murni dan akhlak pelajar. Hadis-hadis ini, yang merangkumi aspek utama dalam kehidupan muslim, diintegrasikan dalam kurikulum Pendidikan Islam serta program kokurikulum. Menurut YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia, inisiatif ini bukan sahaja bertujuan meningkatkan penghayatan agama, tetapi juga untuk membentuk generasi yang berakhlak mulia dan bertanggungjawab. Langkah ini selaras dengan usaha Kerajaan Madani dalam melahirkan individu yang berdaya saing dan berintegriti. Kajian ini meneliti penerapan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai usaha untuk membendung gelombang ekstremisme dalam kalangan warga Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA). Melalui pendekatan kualitatif, kajian ini mengumpulkan data melalui temu bual dengan pegawai KPM, JAKIM, guru, dan pelajar di SMKA. Modul ini dirancang untuk meningkatkan pemahaman pelajar tentang nilai-nilai Islam yang sederhana dan toleran. Hasil kajian menunjukkan bahawa penerapan modul ini berjaya meningkatkan kesedaran pelajar terhadap bahaya ekstremisme dan mengukuhkan sikap toleransi beragama. Kajian ini juga mendapati bahawa penghayatan terhadap hadis-hadis pilihan dapat membantu dalam pembentukan sahsiah pelajar yang seimbang dan harmoni. Oleh itu, penggunaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi disyorkan untuk diperluas ke sekolah-sekolah lain bukan sahaja di SMKA sebagai alat pencegahan terhadap ideologi ekstremis di negara kita.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Penerapan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Untuk Membendung Gelombang Ekstremisme Dalam Kalangan Warga SMKA.pdf
Size
371.5 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):b5d2fde64be432c56a0d9509b489fd85