Options
Konsep Spiritual Hisbah: Kajian Parameter Pengawasan Menurut Al-Quran
Date Issued
2025
Author(s)
Aida Hartini Nan
Sakinah Abdul Mokti
Siti Fazidatul Zahariah Mat Saleh
Saadiah Mohd
Sharifah Nurulhuda S Ab Latif
Abstract
Elemen pengawasan sangat penting bagi memastikan semua tingkah laku manusia dikerjakan selari dengan syariat dan nilai-nilai Islam. Hisbah adalah merupakan konsep pengawasan yang berpandukan syariat dengan cara menyuruh kepada kebenaran dan mencegah daripada kemungkaran. Pengawasan bukan sekadar melibatkan aktiviti luaran manusia bahkan perlu kepada pengawasan dalaman yang melibatkan spiritual dan rohani. Justeru itu, kajian ini memfokuskan kepada satu istilah iaitu “Spiritual Hisbah” yang bertujuan untuk meneliti tiga (3 objektif utama iaitu mengetahui konsep spiritual hisbah sebagai pendekatan pengawasan rohani, mengenal pasti parameter spiritual hisbah dalam mengawasi rohani manusia menurut al-Quran dan menganalisis indikator bagi setiap parameter pengawasan tersebut. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan metode analisis kandungan sebagai instrumen pengumpulan data dan penganalisisan data melalui pengkelasan tema dan deskripsi. Hasil kajian mendapati terdapat enam (6 parameter berkonsepkan spiritual hisbah di dalam al-Quran serta indikator-indikator khusus bagi setiap parameter tersebut. Implikasi kajian ini diharap mampu memberi pemahaman yang jelas tentang konsep spiritual hisbah dan seterusnya dapat membantu para pendakwah khususnya serta masyarakat Islam umumnya dalam pengawasan dan penjagaan spiritual.
File(s)
Loading...
Name
Konsep Spiritual Hisbah.pdf
Size
402.6 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):b796ce9f774fa36cb601bb61af192443