Options
Skim Bantuan Zakat Asnaf Mualaf: Satu Analisis Kontemporari di Malaysia
Journal
Journal of Fatwa Management and Research
Date Issued
2015
Author(s)
Azman, A.R
Irwan, M.S
Nuradli Ridzwan Shah, M.D
Mahazan, A.M
Wan Mohd. Fazrul Azdi, W.R
Rose Irnawaty, Ibrahim
Norlina Ismail
DOI
10.33102/jfatwa.vol6no1.80
Abstract
Pemelukan Islam dalam kalangan saudara baru di Malaysia dilihat semakin meningkat saban tahun. Perkembangan positif ini perlu diberi perhatian yang sewajarnya terutamanya dari sudut kebajikan, sokongan sosial dan peningkatan kefahaman mereka terhadap agama Islam agar mereka tidak kembali kepada agama asal mereka. Institusi zakat merupakan salah satu institusi yang bertanggungjawab dalam pengurusan bantuan berbentuk kewangan dan skim bantuan lain kepada golongan yang baru memeluk Islam atau mualaf. Pemberian skim bantuan zakat kepada asnaf mualaf merupakan salah satu jaminan sosial untuk memberi galakan dan sokongan kepada mereka untuk terus berpegang teguh dengan agama Islam. Objektif artikel ini adalah untuk mengenal pasti skim-skim bantuan yang disediakan oleh setiap negeri di Malaysia. Artikel ini turut menganalisis jenis skim bantuan yang disediakan oleh setiap negeri di Malaysia dengan mengemukakan cadangan skim bantuan tambahan yang wajar dilaksanakan oleh negeri-negeri tertentu. Hasil kajian mencadangkan beberapa penambahbaikan terhadap skim bantuan zakat kepada asnaf mualaf supaya dapat dipertimbang oleh Majlis Agama Islam di setiap negeri di Malaysia untuk dilaksanakan bagi menjamin kelangsungan hidup asnaf mualaf. Diharapkan artikel ini dapat menjadi panduan kepada pihak pengurusan zakat khususnya Majlis Agama Islam di setiap negeri di Malaysia dalam mentadbir dan menguruskan sistem pengurusan zakat secara sistematik dan efisen.��
File(s)
Loading...
Name
Jurnal of Fatwa and Management Research_JURNAL_VOL 6_Skim bantuan Zakat Asnaf Mualaf Satu analisis kontemporari di Malaysia.pdf
Description
Skim Bantuan Zakat Asnaf Mualaf: Satu Analisis Kontemporari di Malaysia
Size
531.75 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):9d424ec31837ff404f2c89f3815b8977