Options
Media Sosial sebagai Medium Penyebaran Maklumat dalam Menerajui Sains Islam di Persada Antarabangsa
Date Issued
2023
Author(s)
Abstract
Pelbagai cabaran perlu dihadapi oleh sesebuah organisasi dan negara dalam usaha memartabatkan Sains Islam di persada antarabangsa. Persada antarabangsa bermaksud pengetahuan Sains Islam sebagai rujukan, dikenali, digunapakai dan dikormersilkan. Sains Islam memberikan penekanan terhadap penyatuan antara sains dan agama, hal ini ditegaskan berasaskan kepada konsep kesatuan ilmu Islam menurut paradigma tauhid. Sains Islam secara realitinya perlu diberikan penekanan yang lebih mendalam agar dapat meningkatkan kefahaman seseorang sarjana tentang asas dan pendekatan sesuatu disiplin pengajian. Salah satu cabaran adalah dalam menyampaikan maklumat penting dan kritikal kepada kumpulan sasar (seperti pemerintah, penyelidik, pemilik perniagaan serta pengguna). Penyampaian maklumat yang mudah serta tepat adalah sangat penting dalam memahami pengetahuan Sains Islam. Penggunaan teknologi terkini termasuk media sosial boleh diaplikasikan dalam mencapai maksud tersebut agar penyebaran maklumat lebih berkesan dan tepai kepada kumpulan sasar. Media sosial adalah medium platform yang baik untuk menyampaikan maklumat dan bersosial secara virtual sekali gus mengeratkan lagi hubungan sesama manusia, akan tetapi ianya perlu digunakan dengan baik dan ditadbir urus dengan bijaksana. Kertaskerja ini membincangkan bagaimana media sosial dapat diaplikasikan sebagai satu medium dalam menyampaikan maklumat kepada kumpulan sasar, dalam usaha meneraju Sains Islam di persada antarabangsa.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Media Sosial sebagai Medium Penyebaran Maklumat dalam Menerajui Sains Islam di Persada Antarabangsa.pdf
Size
206.17 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):d6dbb934e68c4ae2b11e78ac209e3c13