Options
Pengajian Hadis 40 melalui Saluran Youtube oleh Dr Rozaimi Ramle
Date Issued
2023-01-28
Author(s)
Muhammad Naqib Bin Rofae
Muhammad Shamel Bin Abd Rahman
Mohamad Syahmi Bin Mohamad Bolkia
Abstract
Pengajian hadis 40 karangan Imam An-Nawawi tidak asing lagi di Malaysia, banyak majlis bacaan hadis 40 yang dianjurkan di negara ini sama ada berbentuk kuliah bersiri atau daurah bersanad. Tambahan lagi, pelbagai medium pengajaran dan pembelajaran hadis yang diperkenalkan kepada umat Islam di Malaysia. Antaranya, pengajaran hadis secara bersemuka seperti di masjid, surau dan universiti serta secara di atas talian melalui media sosial seperti YouTube, Facebook dan sebagainya. Disamping itu, kemudahan medium yang terdapat pada masa kini mampu memberikan impak yang baik dari segi pembangunan insaniah dan intelektual dalam kalangan umat Islam di Malaysia. Namun, medium ini secara umumnya tidak dapat dipastikan ia menyediakan kandungan yang berkualiti ataupun tidak. Misalannya, dari segi mensyarahkan hadis sesetengah penceramah tidak menghuraikan sesuatu hadis itu mengikut disiplin ilmu yang betul. Ringkasnya, kajian ini bertujuan untuk menganalisis pengajian hadis 40 karangan Imam An-nawawi yang disampaikan oleh Dr Rozaimi Ramle. Jenis kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah kualitatif iaitu melalui kajian kepustakaan dan tinjauan melalui bahan-bahan rujukan. Hasil kajian ini akan menjadi panduan kepada golongan agamawan di Malaysia dalam mensyarahkan hadis terutamanya hadis 40. Kesimpulannya, kewujudan platform YouTube ini mampu untuk membantu kita dalam membuat analisis terhadap kaedah penyampaian yang digunakan dalam syarahan mereka dengan lebih mudah. Justeru, harapan kajian ini dapat memberi manfaat kepada golongan agamawan dalam mensyarahkan hadis dengan kaedah yang benar.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
PENGAJIAN HADIS 40 MELALUI SALURAN YOUTUBE OLEH DR ROZAIMI RAMLE.pdf
Size
465.46 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):484fe6109a488ed63c358f5b9c58f3c4