Publication:
Persediaan Program School Enterprise di Kolej Vokasional, Malaysia Aplikasi Fuzzy Delphi.

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Program School Enterprise (SE) adalah merupakan sebuah program keusahawanan yang dilaksanakan oleh Kolej Vokasional (KV) di Malaysia sebagai salah satu bentuk kurikulum yang melibatkan kemahiran praktikal. Bagi memenuhi aspirasi pendidikan yang sentiasa berkembang, program ini memerlukan kepada sebuah persediaan yang terperinci bagi meningkatkan keberkesanannya terhadap para pelajar yang berada di Kolej Vokasional. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji perancangan persediaan program School Enterprise yang berkesan yang mampu menjadi panduan kepada pentadbir, pensyarah dan para pelajar khususnya di Kolej Vokasional di Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah Fuzzy Delphi yang melibatkan lima belas pakar dalam bidang pendidikan Keusahawanan dan Perniagaan. Soal selidik yang dibina daripada temubual serta tinjauan literatur diedarkan kepada panel pakar bagi mendapatkan persetujuan mereka terhadap elemen penting serta kandungan terhadap persediaan program School Enterprise ini. Dapatan kajian berjaya menyenaraikan lima elemen penting bagi mewujudukan persediaan program School Enterprise yang berkesan disamping item yang relevan bagi setiap elemen. Elemen yang diperlukan didalam persediaan program ini adalah kefahaman program, kesediaan pelajar, kesediaan guru, kesediaan organisasi sekolah serta penyediaan modul. Sebagai implikasi, profil persediaan ini diharap mampu meningkatkan keberkesanan program School Enterprise sedia ada agar lebih berdaya saing serta lebih relevan dengan kehendak terkini dalam pembinaan sumber manusia yang berpengetahuan, berkemahiran serta memberi sumbangan besar kepada negara.

Description

Vol. 6 No. 1 (2021): Jurnal Sains Insani

Keywords

School Enterprise, Kolej Vokasional, Persediaan, Fuzzy Delphi

Citation

Mohd Radzi, N., & A. Ghani, M. F. (2021). Persediaan Program School Enterprise di Kolej Vokasional, Malaysia: Aplikasi Fuzzy Delphi.: The Preparation of School Enterprise Program in Vocational Colleges, Malaysia: Fuzzy Delphi Application. Sains Insani, 6(1), 126-138. https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol6no1.262