Publication: Gelandangan Meneroka Psikologi Mereka Serta Kemampuan Mengelak Diri Daripada Terlibat Dengan Gejala Penyalahgunaan Dadah
Loading...
Date
2015
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Gelandangan adalah golongan manusia yang terbentuk tanpa dirancang. Mereka terdiri
daripada pelbagai lapisan umur dan bangsa yang hidup tanpa rumah terutama di kawasan
bandar dan Lembah Kelang. Kesempitan hidup menyebabkan mereka tidak mampu
untuk makan dan minum seperti orang lain. Kemelaratan hidup menyebabkan mereka
terpaksa tidur di kaki-kaki lima bangunan, bawah jejambat juga di kawasan masjid.
Tekanan hidup menyebabkan ramai gelandangan yang terlibat dengan kes-kes jenayah
termasuklah penyalahgunaan dadah. Usaha untuk membantu gelandangan telah mula
dijalankan oleh agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Lembaga Zakat Selangor (LZS). Tidak ketinggalan
juga pihak NGO yang perihatin telah membantu gelandangan. Usaha untuk membantu
gelandangan telah mula dijalankan demi untuk mengelakkan mereka dari terjebak
dengan masalah gejala sosial, jenayah dan penyalahgunaan dadah. Pembinaan Anjung
Singgah di Jalan Hang Lekiu, Kuala Lumpur telah berjaya memenuhi keperluan semerta
gelandangan seperti makanan, tempat tinggal serta keperluan mengurus diri. Tempuh dua
minggu diberikan untuk mereka mencari pekerjaan dan berdikari. Satu tinjauan telah
dijalankan terhadap penghuni Anjung Singgah untuk mengesan keperluan psikologi
mereka serta sejauhmana mereka mampu mengelak diri daripada terlibat dengan
penyalahgunaan dadah.
Description
Keywords
Drug Prevention