Options
Pembaharuan Fatwa dan Institusinya dalam Mengintegrasi Keadilan Restoratif bagi Menangani Ajaran Sesat di Malaysia
Journal
Journal of Fatwa Management and Research
ISSN
0127-8886
2232-1047
Date Issued
2026-01-30
Author(s)
Mohamad Ridhuan Mohd Zawawi
Wafaa’ Yusof
Zaini Nasohah
Anwar Fakhri Omar
DOI
10.33102/jfatwa.vol31no1.783
Abstract
Pewartaan fatwa merupakan langkah penting bagi mengekang ajaran sesat dengan bertindak sebagai asas tindakan perundangan. Analisis terhadap fatwa-fatwa ajaran sesat yang diwartakan di Malaysia menunjukkan bahawa fatwa-fatwa tersebut lebih cenderung kepada tindakan punitif dengan syor tindakan perundangan sebagai keutamaan berbanding pemulihan akidah sehingga menimbulkan kritikan dan menyebabkan ketidakefektifan tindakan penguatkuasaan. Hakikat ini memperlihatkan bahawa pendekatan punitif semata-mata tidak efektif dalam menangani ajaran sesat sebaliknya menuntut pelaksanaan pembaharuan yang menitikberatkan pemulihan dan pengislahan. Justeru itu, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji bentuk pembaharuan fatwa dan institusi fatwa dalam mengintegrasikan keadilan restoratif bagi menangani kes ajaran sesat di Malaysia. Kajian ini berkonsepkan kualitatif dengan analisis kandungan terhadap sumber primer dan sekunder sebagai kaedah pengumpulan data. Data-data tersebut kemudiannya dianalisis secara deskriptif-analitikal dan dipersembahkan secara tematik. Hasil kajian mencadangkan tiga bentuk pembaharuan iaitu penstrukturan semula sighah fatwa berkaitan ajaran sesat, melaksanakan proses runding cara akidah sebelum penghakiman dan penglibatan Jabatan Mufti dalam proses istitabah atau pemulihan akidah pasca penghakiman. Implikasi pembaharuan ini membolehkan fatwa dan institusinya memainkan peranan dengan lebih proaktif dalam mendepani cabaran akidah melalui proses pemulihan yang sistematik sehingga institusi fatwa tidak lagi hanya dilihat sebagai badan normatif, tetapi juga sebagai instrumen pentadbiran agama yang berkesan dalam pemulihan sosial dan spiritual.
File(s)
Loading...
Name
Pembaharuan Fatwa dan Institusinya dalam Mengintegrasi Keadilan Restoratif bagi Menangani Ajaran Sesat di Malaysia.pdf
Size
613.67 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):ac104c5f9e684d4f5dd18581fbcfed16