Options
Analisis Makna dalam Puisi Panggilan-Mu yang Suci karya Rosli Dhoby
ISSN
2948-5312
Date Issued
2024
Author(s)
Nabillah Bolhassan
Zul Hanis Yop Othman
DOI
10.33102/alazkiyaa96
Abstract
Kajian ini menganalisis makna dalam puisi ‘Panggilan-Mu yang Suci’ karya pejuang kemerdekaan negeri Sarawak iaitu Rosli Dhoby. Puisi merupakan satu karangan yang merungkai estetika pemikirnya melalui luahan, emosi dan imaginasi. Dalam puisi yang dihasilkan oleh nasionalis muda ini, beliau menyeru anak muda untuk bangkit memperjuangkan kemerdekaan tanah air daripada terus berada dalam belenggu penjajah. Kajian ini dijalankan secara analisis kandungan berdasarkan teori semantik. Hasil kajian mendapati puisi ini mengandungi makna kiasan, referensial, gramatikal dan leksikal. Menerusi puisi yang dihasilkan ini, jelas membuktikan bahawa cinta Rosli Dhoby terhadap tanah airnya sangat utuh, bukan sekadar diungkapkan melalui puisi ini malah dibuktikan apabila beliau sanggup berkorban nyawa demi menuntut kemerdekaan.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Analisis Makna dalam Puisi Panggilan-Mu yang Suci karya Rosli Dhoby.pdf
Size
255.95 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):c9969eeb85861d1e84f8f85723cba052