Publication: Analisis Hubungan Semantik Pada Perkataan Qurūnan ( قُرُونًا ) dalam Al-quran
Loading...
Date
2021
Authors
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Secholian Publication PLT.
Abstract
Kajian ini dilakukan bertujuan untuk menganalisis makna Semantik perkataan Qurūnan dalam Al-Quran. Apakah maksud Qurūnan dalam Al-Quran? Perkataan Qurūnan merupakan istilah generasi atau umat-umat yang lain dalam Al-Quran. Perkataan Qurūnan ( ق روُنًا ) sahaja direkodkan sebanyak tiga kali dalam Al-Quran iaitu dalam Surah Al-Mukminun, Al-Furqan dan Al-Qisas. Dalam kajian ini, penulis mengumpulkan juga semua ayat yang mengandungi perkataan Qurūnan dari kata dasar yang sama iaitu ا ق ار ا ن sama ada berbentuk tunggal atau dalam bentuk jamak. Dari pelbagai makna perkataan, kemudian penulis akan menganalisis makna perkataan Qurūnan dalam setiap ayat dan kemudian makna Qurūnan itu sendiri diterangkan. Kajian ini bersifat kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis teks dalam Al-Quran dengan dibantu oleh korpus Al-Quran, Al-Mu’jam Al-Mufahras Li Alfaz Al-Quran dan Kamus Mu’jam Al-Waseet Edisi Keempat. Hasil carian dalam Korpus Al-Quran menunjukkan bahawa sebanyak 36 ayat berkaitan قا را نا dikenal pasti manakala hasil carian dalam Mu’jam Al-Mufahras Li Alfaz Al-Quran pula ada sebanyak 40 ayat dari kata kunci ا ق را ا ن dikumpulkan. Adapun dalam kamus Mu’jam Al-Waseet Edisi Keempat pula menafsirkan 20 makna perkataan yang berbeza. Dapatan ini merumuskan bahawa hubungan semantik sesuai digunakan sebagai kaedah pengumpulan data tekstual secara sistematik bagi mengelakkan keciciran data dan memastikan data yang dikumpul merangkumi bidang kajian.
Description
Keywords
Al-Quran, Qurūnan, Semantik, Analisis Teks