Publication:
Cabaran Pembinaan Pangkalan Data Hadis Lengkap Dalam Bahasa Melayu Untuk Data Raya (Big Data) Yang Dihadapi Oleh Kumpulan I-Status Hadis: Satu Kajian Kes

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Ledakan teknologi maklumat telah merancakkan lagi perkembangan ilmu, aplikasi dan pemprosesan maklumat. Data-data yang diperolehi sama ada daripada sumber maya atau konvensional didigitalkan, disusun dan dianalisa menggunaan mesin penyusun dan penganalisa. Data-data tersebut kemudiannya digunakan untuk pelbagai tujuan. Selain menggunakan mesin penyusun dan penganalisa data, penggunaan mesin pembuat keputusan juga dapat membantu menghasilkan output yang lebih baik dan tepat. Dalam bidang hadis, banyak pihak telah membangunkan pelbagai aplikasi digital berkaitan hadis menggunakan teknik yang ringkas mahupun yang lebih kompleks mencakupi kemampuan janaan dan paparan dapatan yang hebat dan penggunaan teknologi berasaskan awan. Tujuannya untuk memudahkan orang ramai mencapai data-data hadis Nabi SAW. Data dalam aplikasi-aplikasi tersebut biasanya dicapai daripada pangkalan data yang telah disiapkan. Namun, tidak banyak aplikasi atau pangkalan data berkaian hadis yang bercirikan maklumat dan paparan yang hebat yang dibina dalam bahasa Melayu. Kebanyakan yang amat bagus hanya terdapat dalam bahasa asing. Ketiadaan ini disebabkan oleh pelbagai faktor, antaranya ketiadaan dana, sumber manusia, kepakaran dan pelbagai lagi. Kertas kerja ini akan cuba membincangkan cabaran yang dihadapi oleh kumpulan i-Status Hadis, USIM dalam membina pangkalan data hadis lengkap untuk tujuan data raya. Kajian kes ini akan cuba mengkaji permasalahan yang mereka hadapi serta melihat solusi kepada penyelesaiannya.

Description

8TH International Prophetic Conference SWAN 2022 5th to 6th October 2022 (Hybrid Conference) Organized by: Faculty Of Quranic And Sunnah Studies

Keywords

cabaran, pangkalan data hadis, i-status hadis, hadis, data, data raya, aplikasi

Citation

Doll Kawaid, A. I. S., Syed Hassan, S. N., Aris, H., Mohd Ghazali, N., Marhusin, M. F., Azman, N., & Mohd Noor Shah, N. F. (2022). Cabaran Pembinaan Pangkalan Data Hadis Lengkap Dalam Bahasa Melayu Untuk Data Raya (Big Data) Yang Dihadapi Oleh Kumpulan I-Status Hadis: Satu Kajian Kes. Proceeding of International Prophetic Conference, (8th), 298–312. Retrieved from https://swanfpqs.usim.edu.my/index.php/conference/article/view/30

Collections