Options
Elemen Akidah Dalam Novel Hamka: “Si Sabariah”
Date Issued
2022
Abstract
Artikel ini akan menjelaskan mengenai elemen-elemen akidah Islam yang terdapat di dalam novel bertajuk “Si Sabariah”. Novel ini adalah sebuah karya sastera yang ditulis oleh seorang tokoh ulama’ nusantara yang terkenal iaitu Hamka. Sebagai ulama’ dan sasterawan, Hamka cukup dikenali sebagai penulis yang telah menghasilkan pelbagai genre penulisan termasuklah dalam bidang agama dan sastera seperti novel dan cerpen. Novel “Si Sabariah adalah karya pertama Hamka dalam bidang sastera, yang diselitkan di dalamnya banyak elemen atau topik-topik yang berkaitan dengan akidah Islam. Kajian mengenai novel ini menghasilkan natijah iaitu isu pokok berkaitan akidah dalam novel ini adalah peringatan tentang azab Allah swt bagi sesiapa yang berusaha mahu meruntuhkan rumahtangga orang lain, apatah lagi dengan disertai sifat tamak haloba dan cinta dunia. Elemen utama ini dapat dilihat dalam dialog-dialog dari beberapa watak utama dalam novel ini.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Elemen Akidah Dalam Novel Hamka “Si Sabariah”.pdf
Size
448.24 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):9792961cf2c219654bfdf143875ab130