Publication: Kajian Tinjauan Literatur Sistematik Berhubung Tekanan Mental Melibatkan Isu Bunuh Diri dalam Kalangan Remaja di Malaysia
dc.contributor.author | Siti Norsarifah Hanim Surati | en_US |
dc.contributor.author | Abdul Rashid Abdul Aziz | en_US |
dc.date.accessioned | 2024-05-30T03:33:47Z | |
dc.date.available | 2024-05-30T03:33:47Z | |
dc.date.issued | 2024 | |
dc.description | E-Proceeding Postgraduate Research Conference (PRC2023) : “Sustainable Education & Human Well-Being”/ editors: Roslee Ahmad , Khadijah Muda, Md Yousuf Ali, Ihab Ahmed Ra’uf Awais, Abdul Rashid Abdul Aziz, Ainul Mardhiah Mokhtar, Nurun Najihah Musa, Puteri Nazirah Amran, Fatin Muti’ah Mohamed Ishak Organized by: Faculty of Leadership and Management | en_US |
dc.description.abstract | Kesihatan mental boleh mempengaruhi kesihatan fizikal, kualiti hidup dan produktiviti seseorang. Namun begitu, peningkatan isu kesihatan mental dalam kalangan masyarakat di Malaysia pada hari ini berada pada tahap yang membimbangkan. Tambahan pula, masalah tekanan mental ini memberi kesan yang buruk kepada remaja terutamanya yang boleh membawa kepada kejadian bunuh diri yang semakin meningkat dalam kalangan remaja di Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk melihat tema kajian dan perbincangan tentang tekanan mental melibatkan isu bunuh diri dalam kalangan remaja di Malaysia. Kajian dengan metod tinjauan literatur sistematik atau systematic literature review (SLR) ini dijalankan dengan menggunakan artikel lingkungan tahun 2019-2023 daripada tiga pangkalan data iaitu Research gate, Google Scholar dan Science Direct. Artikel yang telah dikumpul kemudian diteliti bagi memastikan artikel yang dipilih menepati fokus kajian. Sebanyak 22 daripada 1460 artikel telah dipilih untuk dibincangkan dalam kajian ini. Secara keseluruhannya, kajian menunjukkan bahawa terdapat tiga tema yang boleh diklasifikasikan berkenaan kajian lepas tentang tekanan mental melibatkan isu bunuh diri dalam kalangan remaja di Malaysia. Tema tersebut ialah; 1) kesejahteraan hidup remaja 2) tekanan psikologi remaja 3) isu bunuh diri dalam kalangan remaja. Oleh yang demikian, terdapat keperluan kajian yang menyeluruh seperti kajian mengenai pembangunan model islamik daya tindak keluarga dalam menangani gejala kesihatan mental agar masalah kesihatan mental dapat dikenalpasti dan tindakan segera dapat diambil. | en_US |
dc.identifier.citation | Siti Norsarifah Hanim Surati, & Abdul Rashid Abdul Aziz. (2024). Kajian Tinjauan Literatur Sistematik Berhubung Tekanan Mental Melibatkan Isu Bunuh Diri dalam Kalangan Remaja di Malaysia. E-Proceeding Postgraduate Research Conference, 78–80. https://fkp.usim.edu.my/wp-content/uploads/2024/02/LATEST-PROCEEDING-PRC-2023_compressed.pdf | en_US |
dc.identifier.epage | 80 | |
dc.identifier.isbn | 978-629-7636-27-6 | |
dc.identifier.spage | 78 | |
dc.identifier.uri | https://fkp.usim.edu.my/wp-content/uploads/2024/02/LATEST-PROCEEDING-PRC-2023_compressed.pdf | |
dc.identifier.uri | https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/16328 | |
dc.language.iso | other | en_US |
dc.publisher | Faculty of Leadership and Management | en_US |
dc.relation.conference | Postgraduate Research Conference (PRC2023) | en_US |
dc.subject | Tekanan psikologi, Rawatan kesihatan mental, Kesejahteran, Bunuh diri remaja | en_US |
dc.title | Kajian Tinjauan Literatur Sistematik Berhubung Tekanan Mental Melibatkan Isu Bunuh Diri dalam Kalangan Remaja di Malaysia | en_US |
dc.title.alternative | A Systematic Literature Review Study on Mental Stress Involving the Issue of Suicide among Youths in Malaysia | en_US |
dc.type | Article | en_US |
dspace.entity.type | Publication |
Files
Original bundle
1 - 1 of 1
Loading...
- Name:
- Kajian Tinjauan Literatur Sistematik Berhubung Tekanan Mental Melibatkan Isu Bunuh Diri dalam Kalangan Remaja di Malaysia.pdf
- Size:
- 108.1 KB
- Format:
- Adobe Portable Document Format
License bundle
1 - 1 of 1