Options
A4stem: Memperkasa Pendidikan Stem Dan Bahasa Arab Melalui Pembangunan Modul Mooc
Journal
International Journal of Education and Pedagogy
Date Issued
2022
Author(s)
Mohammad Hazmanyazid Haslubis
Abdelrahman Ibrahim Suleiman Islieh
Wan Ahmad Zakry Wan Kamaruddin
Rossidi Usop
Mohd Zamrus Mohd Ali
Zulkarnin Zakaria
Ahmad Fuad Mohamad Amin
Abstract
Pendidikan STEM dan Bahasa Arab sering terpisah dalam kurikulum di sekolah. Pembangunkan modul yang dikenali A4STEM bagi pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab dalam subjek sains tulen adalah satu usaha merapatkan jurang yang ada. Kajian ini dirangka bagimenilai keberkesanan modul A4STEM di kalangan murid pintar berbakat di Kolej GENIUS Insan (KGI) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Dengan pendekatan integrasi Ilmu Naqli dan Aqli (INAQ), modul interaktif bersepadu dalam platform “Massive Open Online Courses” (MOOC) telah dibangunkan. Kajian kualitatif ini melibatkan empat orang murid yang terdiri daripada dua orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan KGI. Sampel kajian telah ditemu bual dan analisis teksperbualan telah ditranskrip secara manual. Kajian menunjukkan keberkesanan modul A4STEM dengan kandungan MOOC yang difahami dan menarik. Modul A4STEM sesuai dan berkesan dalam meningkatkan penguasaan Bahasa Arab dan STEM. Ianya berpotensi untuk dibangunkan dengan lebih komprehensif dan dilaksanakan di institusi pendidikan lain yang menerapkan subjek STEM dalam kursus bahasa Arab mereka.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
A4STEM MEMPERKASA PENDIDIKAN STEM DAN BAHASA ARAB MELALUI PEMBANGUNAN MODUL MOOC.pdf
Size
199.74 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):22974e1ea94e14669a7680be4d523acc