Options
Bagaimana Retorik Quranik Surah an-Nisa Membentuk Pendidikan Adab Dan Kesopanan Masyarakat
Date Issued
2021
Author(s)
Ahmad Fazullah M.Z.A.
Abstract
Pengenalan: Pendidikan kesopanan dan adab susila perlu diterapkan dalam setiap individu
kerana ia merupakan benteng penting dalam mengawal perilaku seseorang. Golongan yang
paling mudah terpengaruh dengan masalah kerosakan akhlak dan salah laku masyarakat
adalah remaja. Jiwa remaja yang sentiasa sukakan cabaran dan perkara baru mendorong
remaja sentiasa ingin mencuba dan kecetakan ilmu pengetahuan biasanya menjebakkan
mereka kepada perilaku yang salah. Oleh yang demikian pendidikan akhlak perlu disemai
semenjak kecil bermula denagn ilmu akidah, menghormati ibu bapa dan seterusnya
masyarakat secara keseluruhannya.
Objektif: Kertas kerja ini cuba mengupas permasalah akhlak serta kesannya terhadap
masyarakat. Selain itu kertas kerja ini juga meninjau beberapa kupasan Adab dalam alQuran iaitu Surah An-nisa’ dalam menangani masalah ini.
Metodologi: Kajian ini berdasarkan kajian deskriptif dan analisis kandungan ayat-ayat
terpilih bertemakan adab dan akhla dari surah an-Nisa’.
Dapatan: Dapatan kajian mendapati bahawa surah an-Nisa banyak mengandungi unsur
adab yang boleh dipraktikan terutamanya berkaitan harga diri. Pemahaman yang jelas
terhadap isu kandungan al-Quran ini khususnya dalam hal berkaitan akhlak boleh dijadikan
pedoman khususnya kepada golongan remaja dalam membentuk perwatakan mereka.
Kepentingan: Kajian ini merupakan salah satu bidang penyelidikan yang
menggabungjalinkan pelbagai bidang (multidisciplinary) iaitu bidang adab sosial,
psikologi dan retorik bahasa Arab-al-Quran dalam menjelaskan tema-tema kemanusiaan
dalam al-Quran sebagai panduan kepada manusia sejagat.

File(s)
Loading...
Name
Bagaimana Retorik Quranik Surah an-Nisa Membentuk Pendidikan Adab Dan Kesopanan Masyarakat.pdf
Size
215.71 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):fcd7e8306fc0774c3dbd3b386bf386b7