Publication:
Analisis Kaedah Bayaran Zakat Harta oleh Institusi Zakat di Malaysia

Loading...
Thumbnail Image

Date

2016

Journal Title

Journal ISSN

Volume Title

Publisher

USIM Press

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis kaedah bayaran zakat harta yang ditawar-kan oleh institusi-institusi zakat di Malaysia. Kajian ini membuat penilaian terhadap kaedah pembayaran zakat yang telah dilaksanakan oleh semua institusi zakat negeri. Kajian mendapati bahawa terdapat ketidakseragaman kaedah-kaedah bayaran zakat yang ditawarkan oleh institusi zakat termasuk institusi zakat yang dikorporatkan dan institusi zakat yang tidak dikorporatkan. Sehubungan dengan itu, kajian ini akan mengkaji punca ketidakselarasan kaedah- kaedah bayaran zakat oleh semua institusi negeri dan menganalisis hubungan yang wujud antara kaedah-kaedah bayaran zakat yang ditawarkan oleh institusi-institusi zakat negeri dengan jumlah kutipan zakat yang diperolehi oleh sesebuah institusi zakat negeri. Kajian yang dilakukan ini menggu-nakan metode kualitatif yang berasaskan kajian perpustakaan sahaja. Oleh itu, ke- seragaman kaedah-kaedah yang disediakan untuk pembayar zakat oleh institusi zakat negeri perlu dilaksanakan supaya mampu memberi kesan positif kepada peningkatan jumlah kutipan zakat di masa hadapan.

Description

Keywords

Zakat, Kaedah Bayaran Zakat, Bayaran Zakat; Institusi Zakat

Citation