Options
Al-Quran dan Kepimpinan Islam: Integrasi Nilai Kenabian dalam Merealisasikan Visi Madani
Date Issued
2025
Author(s)
Khairul Hamimah Mohammad Jodi
Abang Azlan Abang Ahmad
Abstract
Al-Quran sebagai wahyu ilahi membentuk asas kepada kepimpinan Islam yang berperanan penting dalam struktur sosial dan politik masyarakat Muslim. Artikel ini menampilkan sorotan literatur sistematik bertujuan untuk mengenal pasti bagaimana prinsip al-Quran membentuk corak, nilai dan amalan kepimpinan Islam dalam konteks moden. Kajian berpandukan strategi pencarian lanjutan melalui pangkalan data ProQuest melibatkan 216 rekod, dengan 47 kajian dipilih berdasarkan kesesuaian tema dan kriteria ilmiah. Analisis tematik menghasilkan tiga tema utama: pertama, kepimpinan Muslim dan dinamika tadbir urus, kedua, kepimpinan politik Islam dalam konflik dan penentangan, serta ketiga, kepimpinan kenabian sebagai kerangka keadilan global. Dapatan menunjukkan keberkesanan kepimpinan Islam bergantung kepada integrasi nilai-nilai al-Quran seperti amanah, keadilan, syura, dan rahmah dalam pengurusan institusi dan strategi politik. Nilai kepimpinan kenabian yang berpaksikan al-Quran seperti belas kasihan, keadilan sosial, ketelusan dan penghormatan terhadap minoriti berperanan membentuk pendekatan inklusif dan lestari yang selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) khususnya SDG 16. Artikel ini menegaskan bahawa dimensi kenabian, tadbir urus dan politik kontemporari sering dikaji secara terpisah sedangkan al-Quran menyatukan ketiga-tiganya dalam satu kerangka holistik. Justeru, kajian ini menghubungkan ketiga-tiga dimensi tersebut berpandukan nilai-nilai al-Quran untuk merealisasikan Visi Madani yang menekankan keamanan sejagat, keadilan sosial dan pembangunan mampan. Kajian rentas disiplin diperlukan untuk menilai aplikasi prinsip al-Quran dalam kepimpinan Islam kontemporari bagi menangani cabaran globalisasi.
File(s)
Loading...
Name
Al-Quran dan Kepimpinan Islam Integrasi Nilai Kenabian dalam Merealisasikan Visi Madani.pdf
Size
374.64 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):2c61105ff359d692378cba8b43dddc78