Options
Amalan Pewarisan Tanah Adat Berdasarkan Undang-Undang Tanah Adat Di Kalangan Masyarakat: Kajian Di Negeri Sembilan
Journal
Malaysian Journal of Syariah and Law
Date Issued
2017
Author(s)
Nurfadhilah Che Amani
Tengku Mansur Tengku Zainal Abidi
Nawal Sholehuddin
Siti Selihah Che Hassan
Ahmad Anis Muhd Fauzi
Che Zuhaida Saari
Nurfadhilah Che Amani
Abstract
Tanah adat merupakan salah satu ciri utama dalam pewarisan harta mengikut adat perpatih yang memberikan amanah kepada kaum perempuan untuk mewarisi tanah adat. Namun, sejauh manakah pengamalan masyarakat di Negeri Sembilan ini terhadap tanah adat? Apakah isu-isu yang timbul sepanjang perlaksanaan adat ini? Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap amalan masyarakat di Negeri Sembilan dalam pewarisan tanah adat dan perlaksanaan undang-undang tanah adat serta isu-isu yang berkaitan dengannya. Kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah survei yang melibatkan 525 orang sampel berdasarkan teknik prosedur pensampelan rawak mudah. Hasil kajian mendapati bahawa tahap amalan masyarakat di Negeri Sembilan berkaitan pewarisan tanah adat masih lagi tinggi disamping perlaksanaan undang-undang tanah adat yang terus berjalan sehingga kini . Namun, terdapat beberapa isu yang timbul di sepanjang perlaksanaan undang-undang ini. Masalah yang timbul berpunca sama ada daripada pihak pejabat tanah mahupun pengamal tanah adat itu sendiri. Implikasi kajian ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap tahap amalan serta isu-isu yang timbul berkaitan tanah adat dan undang-undang tanah adat. Kajian lanjutan boleh dilakukan untuk mengenal pasti kaedah yang terbaik untuk menangani masalah-masalah yang timbul agar amalan pewarisan tanah adat dan perlaksanaan undang-undang tanah adat boleh dijalankan dengan lebih berkesan.
File(s)
Loading...
Name
Amalan Pewarisan Tanah Adat Berdasarkan Undang-Undang Tanah Adat Di Kalangan Masyarakat Kajian Di Negeri Sembilan.pdf
Size
379.46 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):253cc8a1dc5a328e960be778aab66bac