Options
Tinjauan Buku Modul Pengajaran Mashaf Al-quran Braille Malaysia
Journal
Tinta Artikulasi Membina Ummah
Date Issued
2023
Author(s)
Rahmah Hayati Musa
Mohd Nur Adzam Rasdi
Anisah Razali
Abstract
Sebahagian negara-negara Islam khususnya mempunyai al-Quran versi Braille yang tersendiri. Pada 26 April 2022, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah pun menerbitkan sebuah Mashaf Al-Quran Braille Malaysia (MQBM) dan telah dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Idris Ahmad. Penulisan MQBM ini telah ditambah baik dengan menggunakan kaedah penulisan Rasm Uthmani berpandukan Mashaf Madinah Mujamma’ Malik Fahd, Arab Saudi. Maka, sebuah modul pengajaran berkenaan MQBM yang bertajuk Modul Pengajaran Mashaf Al-Quran Braille Malaysia (MPQBM) telah dibangunkan. Dalam masa yang sama masih belum ada modul yang membahaskan berkenaan MQBM ini. Justeru, kertas kerja ini adalah bertujuan untuk mendedahkan perkara-perkara yang dibincangkan dalam
modul ini. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan mengaplikasikan kaedah analisis dokumen. Modul ini membahaskan secara terperinci sistem penulisan MQBM yang terkini dari sudut Rasm dan Dabt berasaskan pendekatan Rasm Uthmani. Ia juga turut membahaskan mengenai kaedah umum bagi penggunaan modul Al-Quran Braille. Kupasan modul ini diharap dapat memberikan penjelasan yang optimum berkaitan penggunaan MPQBM. Di samping itu, ia dapat membantu memberi pendedahan kepada para penyelidik dan juga guru al-Quran dalam bidang Al-Quran Braille dengan adanya modul yang membahaskan berkenaan MQBM yang baharu ini.

Subjects
File(s)
Loading...
Name
Tinjauan Buku Modul Pengajaran Mashaf Al-Quran Braille Malaysia.pdf
Size
119.5 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):30d50832417e9d3ef262b3b530feb0fa