Options
Penyertaan Dan Strategi Meningkatkan Aktiviti Fizikal Di Kalangan Pelajar Pendidikan Seni Di UiTM
Date Issued
2021
Author(s)
Ahmad Fahim Zulkifli
Brolin Peter Ugau
Abstract
Objektif - Matlamat utama kajian ini adalah untuk menerangkan tahap penyertaan aktiviti
fizikal di kalangan pelajar jurusan Pendidikan Seni di Universiti Teknologi MARA
(UiTM). Tambahan, kajian ini juga telah mengenalpasti persepsi terkini dan strategi yang
berpotensi untuk menggalakkan penyertaan pelajar dalam aktiviti fizikal.
Metodologi - Kajian ini mengadaptasi bentuk kajian campuran yang terdiri daripada
kaedah “quantitative” dan “qualitative”. Peserta terdiri daripada 30 pelajar semester akhir
jurusan Pendidikan Seni berumur di antara 24-26 tahun (5 lelaki, 25 perempuan).
Penyertaan dalam aktiviti fizikal dinilai menggunakan “International Physical Activities
Questionnaire (IPAQ)” yang telah diubah mengikut konteks kajian. Data “qualitative”
dikumpulkan melalui temubual untuk mengenalpasti persepsi dan strategi yang
bersesuaian menyokong penyertaan mereka dalam aktiviti fizikal. Analisis data telah
dijalankan menggunakan perisian SPSS (versi 26.0) menggunakan ujian seperti
“descriptive statistics” (cth., purata, peratus).
Dapatan - Majoriti pelajar Pendidikan Seni tahun akhir adalah aktif. Kebanyakan peserta
juga sedar tentang kepentingan aktiviti fizikal terhadap kesihatan umum, bentuk badan
ideal, dan mengekalkan kecergasan. Dari aspek strategi; peserta percaya fakulti dan
universiti bertanggungjawab untuk menganjurkan pelbagai program untuk menggalakkan
penyertaan mereka dalam aktiviti fizikal. Tambahan, majoriti peserta juga terlibat sama
ada dalam intensity tinggi atau sederhana dalam setiap minggu dengan 66.7% dan 47.7%
penglibatan.
Kepentingan - Kajian ini percaya penyertaan individu dalam aktiviti fizikal adalah proses
jangka panjang dan memerlukan komitmen. Hanya pendidik yang mempunyai ilmu
pengetahuan, kefahaman dan motivasi yang tinggi boleh membawa kepada perubahan
persepsi dan pendekatan pelajar terhadap aktiviti fizikal sepanjang hayat.

Subjects
File(s)
Loading...
Name
Penyertaan Dan Strategi Meningkatkan Aktiviti Fizikal Di Kalangan Pelajar Pendidikan Seni Di UiTM.pdf
Size
200.84 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):c0fab19370cd2c4d8648d2da8d7b898e