Options
Teori Kewujudan Alam & Manusia Dari Perspektif Sarjana Islam Kontemporari
Date Issued
2021-10-06
Author(s)
Khairi Jalalluddin
Roziah Sidik @ Mat Sidek
Norshariani Abd Rahman
Abstract
Isu kontroversi dalam sains yang masih dibincangkan sehingga kini ialah berkaitan dengan teori kewujudan alam & manusia yang cuba dinafikan unsur ketuhanan dalam penciptaan kedua-duanya. Hal ini terjadi kerana asal teori tersebut dicetuskan oleh para saintis Barat yang berfahaman saintisme. Fahaman saintisme ini yang menular sehingga kini menyebabkan ketidakharmonian antara hubungan sains dengan Islam, serta menganggu-gugat proses pengintegrasian dan pengislamisasian sains khususnya dalam dunia Islam. Kajian ini akan menganalisis pandangan sarjana Islam kontemporari berkaitan dengan teori kewujudan yang terkenal iaitu teori letupan besar (The Big Bang Theory) & teori evolusi Darwin (Darwin’s Theory of Evolution). Hal ini untuk melihat sejauh manakah perbezaan pendapat di kalangan mereka berkaitan integrasi sains dan ketuhanan dalam isu tersebut. Kajian ini juga merupakan kajian kepustakaan dengan menganalisis artikel jurnal, buku, tesis dan video dalam media sosial seperti youtube yang berkaitan dengan tajuk kajian. Dapatan kajian menunjukkan majoriti sarjana Islam menyokong teori kewujudan alam, manakala minoriti menyokong teori kewujudan manusia. Pandangan mereka juga diklasifikasi berdasarkan model-model interaksi antara agama dan sains oleh Ian Barbour iaitu konflik, pengasingan, dialog dan integrasi. Kesimpulannya terdapat perbezaan pendapat dalam kalangan sarjana Islam dalam isu kewujudan alam & manusia, namun masing-masing membicarakannya dalam lingkungan wacana Islamiah dengan tidak mengenepikan unsur ketuhanan di dalamnya.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
TEORI KEWUJUDAN ALAM & MANUSIA DARI PERSPEKTIF SARJANA ISLAM KONTEMPORARI.pdf
Size
988.16 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):fa213ce6e93d23ca0b9032bc81202a7a