Options
Pengaruh Tiktok Terhadap Toleransi Politik dalam Kalangan Orang Muda di Malaysia
Date Issued
2022
Author(s)
Mohamad Afzanizzam Zahran
Mohd Azmir Mohd Nizah
Abstract
Dewasa ini aplikasi media sosial TikTok semakin menjadi pilihan masyarakat terutamanya golongan muda dalam mendapatkan maklumat semasa. Dapatan kajian menunjukkan jumlah pengguna TikTok di Malaysia pada awal tahun 2022 adalah seramai 14.59 juta yang merangkumi pengguna berusia 18 tahun ke atas. Pengaruh TikTok yang besar digunakan sebaik mungkin oleh pelbagai pihak termasuk parti politik bagi memenuhi agenda mereka. Melihat kepada perkembangan semasa, media sosial kini juga digunakan bagi tujuan toleransi politik. Makalah ini akan melihat bagaimana TikTok diguna pakai bagi tujuan tersebut terutamanya dalam kalangan orang muda. Kajian yang dilakukan akan menggunakan kaedah analisis kandungan ke atas kandungan video di dalam akaun TikTok ahli politik, aktivis, ahli akademik, artis dan mahasiswa yang berkaitan dengan toleransi politik bagi tempoh mulai 1 Januari hingga 30 Jun 2022. Hasil tinjauan awal ini diharap dapat membantu pihak-pihak yang berkepentingan dalam merangka strategi untuk meningkatkan lagi toleransi politik dalam kalangan masyarakat di negara ini.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Pengaruh Tiktok Terhadap Toleransi Politik dalam Kalangan Orang Muda di Malaysia.pdf
Size
334.7 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):368a5297323e9e9ddd1a21b2df96ade4