Options
Program Mencintai Bahasa Arab
Date Issued
2024
Author(s)
Wan Nur Ain Solehah binti Wan Azami
Wan Asma’ binti Wan Khairul Anwar
Wan Sara Aisya binti Wan Mohd Iskandar
Irdina Zafirah binti Badrul Munir
Munifah Farzana binti Mat Nasir
Abstract
Bahasa Arab sering dianggap sukar dan menyebabkan pelajar kurang berminat untuk mempelajarinya. Tujuan projek ini diadakan adalah untuk memudahkan pembelajaran Bahasa Arab dengan menggunakan kaedah yang menyeronokkan dan mudah. Metodologi projek adalah mengadakan program sehari yang melibatkan semua pelajar dengan fasilitator-fasilitator. Pelajar, iaitu peserta program ini dibahagikan kepada 10 kumpulan. Sebelum program berlangsung, peserta perlu menyediakan nama kumpulan, bendera kumpulan, dan lain-lain. Semasa hari program, kesemua kumpulan tersebut akan bergerak ke 10 checkpoint atau stesen yang ditetapkan mengikut giliran. Fasilitator di setiap stesen mengajar topik yang ditetapkan dengan menggunakan pelbagai kaedah seperti nyanyian dan permainan sebagai latihan kefahaman. Selepas program, pelajar didapati lebih berminat dan memahami Bahasa Arab. Penguasaan Bahasa Arab dalam kalangan peserta juga lebih baik dengan keputusan peperiksaan yang baik.
File(s)
Loading...
Name
Program Mencintai Bahasa Arab.pdf
Size
493.16 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):fe77881649cd59002a82ff29c041231f