Repository logo
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
Repository logo
    Communities & Collections
    Research Outputs
    Fundings & Projects
    People
    Statistics
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
  1. Home
  2. USIM Journals
  3. Jurnal Sains Insani
  4. Politik Baru Pasca PRU Ke-10: Analisis Terhadap Transformasi Budaya Politik Melayu Terengganu
 
  • Details
Options

Politik Baru Pasca PRU Ke-10: Analisis Terhadap Transformasi Budaya Politik Melayu Terengganu

Journal
Jurnal Sains Insani
Date Issued
2018
Author(s)
Abdullah, I.
Hamil, J.
Daud, S.
Abstract
Kajian ini adalah satu kajian mengenai budaya politik Melayu. Ia membincangkan transformasi budaya politik masyarakat Melayu di Terengganu yang dimanifestasikan selepas terjadinya peristiwa pemecatan Anwar Ibrahim pada 2 September 1998. Pemecatan tersebut telah melahirkan satu gelombang penentangan masyarakat Melayu Terengganu terhadap UMNO-BN. Penentangan tersebut dapat dilihat menerusi anjakan sokongan masyarakat Melayu daripada UMNO-BN kepada parti oposisi yang lain dengan begitu jelas khususnya PAS. UMNO telah mengalami prestasi terburuknya dalam pilihan raya tersebut. Kajian ini juga dilakukan berdasarkan kepada berlakunya pola ketidaktentuan pengundian yang ditunjukkan dalam empat siri pilihan raya yang terakhir di Terengganu melibatkan PRU tahun 1999, 2004, 2008 dan PRU tahun 2013. Hal ini kerana pertembungan dua parti Melayu-Islam utama iaitu UMNO dan PAS sangat sengit. Keputusan pilihan raya pasca PRU-10 menunjukkan bahawa Terengganu bukan lagi menjadi negeri selamat buat mana-mana parti politik yang bertanding. Setiap parti dilihat mempunyai peluang yang seimbang untuk membentuk kerajaan di Terengganu. Hasil kajian menunjukan bahawa pembangunan merupakan faktor utama yang mempengaruhi pembentukan budaya politik Melayu di Terengganu sebelum dan selepas PRU ke-10. Namun begitu pasca PRU ke-10 masyarakat Melayu mula melihat bahawa pembangunan bukan lagi semata-mata mengecapi nikmat keselesaan malahan mesti turut disepadukan dengan prinsip keadilan. Pengundi berkecenderungan untuk bertindak dengan memberikan tindakbalas yang negatif kepada kerajaan sekiranya dasar atau pembangunan yang dibawa oleh kerajaan tidak memberikan hasil atau faedah ekonomi kepada pengundi dan sebaliknya. Selain itu juga masyarakat Melayu Terengganu juga tidak lagi hanya mementingkan nilai-nilai yang berkait dengan ketuanan Melayu, Islam dan pembangunan semata-mata malahan telah mengambil satu nilai yang baru selaras dengan perkembangan politik semasa. Keperluan terhadap nilai-nilai dalam politik baru seperti keadilan adalah releven dan diterima serta mempengaruhi transformasi budaya politik mereka.
Subjects

Transformasi

Budaya Politik

Budaya Politik Melayu...

Budaya Politik Baru

File(s)
Loading...
Thumbnail Image
Name

Politik Baru Pasca PRU Ke-10 Analisis Terhadap Transformasi Budaya Politik Melayu Terengganu.pdf

Size

395.52 KB

Format

Adobe PDF

Checksum

(MD5):0f0e68250d09f59906c9849341e8c1a2

Welcome to SRP

"A platform where you can access full-text research
papers, journal articles, conference papers, book
chapters, and theses by USIM researchers and students.”

Contact:
  • ddms@usim.edu.my
  • 06-798 6206 / 6221
  • USIM Library
Follow Us:
READ MORE Copyright © 2024 Universiti Sains Islam Malaysia