Publication:
Analisis Beberapa Aspek Keunikan Penulisan Fiqah Alam Melayu Melalui Teks Manuskrip Arkān al-Ṣalāt: Tumpuan terhadap Tajuk Syarat Sah Solat

dc.contributor.authorMuhammad Farid Wajdi Bin Abdul Rahimen_US
dc.contributor.authorSyed Salim Syed Shamsuddinen_US
dc.contributor.authorMohd Anuar Mamaten_US
dc.date.accessioned2024-05-28T05:50:57Z
dc.date.available2024-05-28T05:50:57Z
dc.date.issued2022
dc.date.submitted2022-4-28
dc.description.abstractKemunculan kitab fiqah pertama di alam Melayu berjudul Ṣirāṭ al-Mustaqīm yang dikarang oleh Syeikh Nuruddin alRaniri pada kurun ke-17 Masihi telah mendorong generasi ulama seterusnya untuk menulis dan memperkembangkan penulisan dalam bidang fiqah melalui pendekatan dan kaedah masing-masing. Kepelbagaian dalam cara penulisan kitab fiqah ini telah menonjolkan beberapa aspek keunikan yang terdapat dalam pemikiran fiqah alam Melayu. Makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti beberapa aspek keunikan tersebut yang terdapat dalam salah satu manuskrip fiqah Melayu berjudul Arkān al-Ṣalāt. Naskhah asal manuskrip ini diperoleh daripada Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia. Analisis yang dilakukan tertumpu kepada bahagian syarat sah solat dalam teks manuskrip tersebut. Kajian ini menggunakan kaedah analisis teks dan kajian kepustakaan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa manuskrip Arkān al-Ṣalāt mempunyai pendekatan dan huraian kandungan yang berbeza berbanding kitab-kitab fiqah Melayu yang lain, bahkan juga kitab Arab. Kelainan ini dapat dilihat pada aspek pemilihan hukum dan juga pandangan yang berbeza daripada apa yang diikuti oleh majoriti penulis kitab yang lain terutama dari sudut pemilihan syarat-syarat sah solat. Keunikan sebegini yang terdapat dalam manuskrip ini seharusnya dikenal pasti untuk mengangkatkan lagi martabat dan ketinggian kearifan tempatan serta hasil usaha intelektual ilmuwan Melayu pada masa dahulu untuk dimanfaatkan pada generasi kini dan akan datang.en_US
dc.identifier.doi10.17576/jatma-2022-1001-04
dc.identifier.epage39
dc.identifier.issn2289-4268
dc.identifier.issue1
dc.identifier.spage31
dc.identifier.urihttps://www.ukm.my/jatma/wp-content/uploads/makalah//jatma-2022-1001-04.pdf
dc.identifier.urihttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/6665
dc.identifier.volume10
dc.language.isootheren_US
dc.publisherPenerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)en_US
dc.relation.ispartofJurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayuen_US
dc.subjectFiqah Jawi; manuskrip Arkān al-Ṣalāt; syarat sah solaten_US
dc.titleAnalisis Beberapa Aspek Keunikan Penulisan Fiqah Alam Melayu Melalui Teks Manuskrip Arkān al-Ṣalāt: Tumpuan terhadap Tajuk Syarat Sah Solaten_US
dc.title.alternativeAn Analysis of the Uniqueness of Malay Fiqh Writings Through the Text of Arkān al-Ṣalāt Manuscript Focusing on the Conditions Required for a Valid Prayeren_US
dc.typeArticleen_US
dspace.entity.typePublication

Files

Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
Analisis Beberapa Aspek Keunikan Penulisan Fiqah Alam Melayu Melalui Teks Manuskrip Arkān.pdf
Size:
1.27 MB
Format:
Adobe Portable Document Format