Options
Pandangan E.F. Schumacher Terhadap Perkembangan Teknologi Moden: Satu Tinjauan Awal
Date Issued
2024-11-30
Author(s)
Hakim Adli Zulkifli
Universiti Sains Islam Malaysia
Muhammad Farid Wajdi Ab Rahim
Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract
Semenjak Revolusi Industri yang pertama, teknologi dan hasil daya cipta telah berkembang daripada penghasilan mesin yang digunakan dalam industri perkilangan sehingga kepada penciptaan Artificial Intelligence (AI) pada hari ini. Perkembangan ini telah memberi banyak kemudahan kepada manusia dalam kehidupan seharian mereka. Pada masa yang sama terdapat juga kesan buruk daripada perkembangan tersebut yang berkaitan kefalsafahan dan kegunaan. Salah seorang daripada tokoh pemikir Barat, E.F. Schumacher telah memberi reaksi terhadap kesan buruk tersebut melalui bukunya yang terkenal iaitu Small is Beautiful. Kajian ini bertujuan untuk meninjau pandangan tokoh E.F. Schumacher terhadap sains dan teknologi bagi mengenal pasti kesan negatif daripada perkembangan tersebut. Metode yang digunakan dalam kajian ini adalah kualitatif deskriptif berdasarkan kajian perpustakaan. Kajian mendapati E.F. Schumacher telah mengkritik kefahaman masyarakat moden terhadap teknologi yang telah mengikis nilai-nilai kemanusiaan sehingga mengangkat sains dan teknologi melebihi daripada yang sepatutnya. Diharapkan kajian ini dapat memberikan kefahaman yang lebih tepat terhadap perkembangan teknologi melalui kritikan yang diberikan oleh tokoh ini.
File(s)
Loading...
Name
Pandangan E.F. Schumacher Terhadap Perkembangan Teknologi Moden Satu Tinjauan Awal.pdf
Size
254.49 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):e3d7d12ab76b82eedb80833c19a4579e