Options
Teknologi Braille dalam Pdp Al-Quran untuk OKU Penglihatan
Date Issued
2023-01-28
Author(s)
Adibah Najihah Binti Mohd Nadzri
Nur Nadhrah Sakinah Binti Nasri
Siti Nur Ain Binti Mohamad Noor
Maisarah Saidin
Abstract
Al-Quran Braille merupakan salah satu alternatif yang penting kepada komuniti orang kurang upaya (OKU) penglihatan untuk mempelajari dan membaca al-Quran. Namun begitu, jumlah al-Quran Braille yang terhad dan keadaan fizikalnya yang telah uzur menyebabkan pengajaran dan pembelajaran al-Quran terhadap komuniti ini sering terganggu dan sukar dilaksanakan. Penggunaan al-Quran Braille dalam tempoh yang lama dan kerap akan menyebabkan permukaan titik timbul menjadi cepat tenggelam dan tidak dapat dikesan. Hal ini menyebabkan OKU penglihatan sukar membaca al-Quran tersebut. Selain itu, kurangnya fasiliti dan kemudahan yang mesra OKU seperti Bahan Bantu Mengajar (BBM), tahap kesedaran yang rendah daripada pelbagai pihak terhadap isu OKU dan agama serta kurangnya program dakwah dan penganjuran kelas-kelas agama atau kuliah menjadi faktor komuniti OKU penglihatan masih jauh terkebelakang dalam pendidikan Islam khususnya pengajian al-Quran. Lantaran pemasalahan ini, pelbagai pihak telah berusaha untuk membantu golongan ini dengan merekabentuk dan membangunkan teknologi berasaskan al-Quran Braille. Namun begitu, tidak semua dari komuniti ini mampu mengakses kepada maklumat tersebut. Justeru itu, mereka memerlukan sokongan dan bantuan dari masyarakat orang upaya atau normal untuk mengakses kepada teknologi tersebut. Oleh yang demikian, kajian ini akan mengenalpasti teknologi Braille dan al-Quran yang telah dibangunkan disamping mendedahkan jenis dan rekabentuk aplikasi yang disediakan terhadap OKU penglihatan untuk mempelajari ilmu-ilmu berkaitan al-Quran. Kajian yang berbentuk kualitatif ini menggunakan metode analisis dokumen dengan bersumberkan artikel jurnal, laman sesawang dan akhbar. Hasil dapatan kajian ini diharapkan dapat membuka minda masyarakat dan badan organisasi agar lebih menitikberatkan lagi keperluan OKU penglihatan ini dimasa hadapan dari segi teknologi yang memudahkan urusan PDP al-Quran mereka.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
TEKNOLOGI BRAILLE DALAM PDP AL-QURAN UNTUK OKU PENGLIHATAN.pdf
Size
452.58 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):74844d2dd3cf6be400ebdf0b4c5dd24d