Options
Rawatan Penyakit Sembelit Dalam Perubatan Melayu: Analisis Kitab TIB MSS 2515
Date Issued
2025
Author(s)
Atiqurrahman Mohamad Bukhari
Abstract
Sembelit ialah masalah kesihatan yang kerap berlaku dan memberi kesan kepada kehidupan seharian. Perubatan tradisional Melayu turut merekodkan Rawatan bagi masalah sembelit, antaranya dalam Kitab Tib MSS 2515. Namun kajian sistematik terhadap bahan dan kaedah rawatan daripada perspektif perubatan moden masih kurang dijalankan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti rawatan sembelit yang direkodkan dalam Kitab Tib MSS 2515 serta menganalisis kandungannya dari aspek bahan, kaedah penyediaan dan cara penggunaannya serta dapatan kajian kontemporari. Kajian kualitatif ini menggunakan analisis dokumen dan sampel kajian Kitab Tib MSS2515. Terdapat 15 kaedah rawatan bagi penyakit sembelit yang menggunakan pelbagai jenis bahan iaitu tumbuhan, haiwan, dan bahan lain. Kaedah rawatan pula meliputi pengambilan secara oral, kaedah sapuan atau barutan di kawasan perut/dubur, penyedutan atau titisan ke dalam hidung, urutan sebelum pengambilan bahan ubat dan tampalan, dan jampi menggunakan ayat al-Quran. Dapatan saintifik juga menunjukkan bahan-bahan yang digunakan adalah berkesan dalam merawat penyakit sembelit. Kajian ini menunjukkan kearifan masyarakat Melayu dalam ilmu perubatan dan kajian lanjut boleh dijalankan dari segi penghasilan ubat dan kajian klinikal ubat tersebut.
File(s)
Loading...
Name
Rawatan Penyakit Sembelit Dalam Perubatan Melayu.pdf
Size
340.72 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):e2a2b167c579b3ce852eee7800d3e4cf