Publication: Wacana Akhbar Arus Perdana Mengenai Konflik antara Islam dan Golongan Minoriti di Malaysia: Analisis terhadap Isu Penganjuran Pesta Arak
Loading...
Date
2023
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Penerbit USIM
Abstract
Akhbar memainkan peranan penting dalam menyampaikan mesej dan akhbar juga sangat berpengaruh dalam mengekalkan keharmonian antara masyarakat. Lebih-lebih lagi di negara Malaysia yang mana semua tahu Islam adalah agama rasmi bagi negara ini. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji wacana akhbar arus perdana di Malaysia berkaitan sebuah isu konflik yang melibatkan kumpulan minoriti dan Islam iaitu isu penganjuran pesta arak “Oktoberfest” serta “Better Beer Festival”, 2017. Kajian ini menggunakan kaedah analisis wacana kritis dan mengambil pendekatan kualitatif. Dapatan kajian menunjukkan akhbar Utusan Malaysia dilihat lebih menyokong status quo dan tindakan pihak berkuasa/ pemerintah. Namun begitu, The Star mengambil pendekatan untuk mengkritik tindakan pihak kerajaan yang telah membatalkan pesta tersebut namun dilakukan secara terkawal. Wacana yang berbeza antara kedua-dua akhbar memberikan gambaran yang jelas mengenai perkaitan ekonomi politik dan pengaruh kaum dan agama yang berlaku di Malaysia dan agama Islam telah dijadikan sebagai alat untuk manfaat politik pihak-pihak tertentu.
Description
E-Proceedings (Extended Abstract) Seminar Antarabangsa Islam dan Sains 2023 : “Peneraju Sains Islam di Persada Antarabangsa”/Editors : Nuradli Ridzwan Shah Bin Mohd Dali, Wan Muhammad Shaker Bin Wan Adnan, Syed Najihuddin Bin Syed Hassan
19 Disember 2023
Anjuran: Persatuan Kakitangan Akademik USIM (PKAUSIM) dengan kerjasama Fakulti Syariah dan Undang-undang USIM dan Institut Fatwa dan Halal (iFFAH)
Keywords
analisis wacana kritis, media dan Islam, kumpulan minoriti, pesta arak, Islam
Citation
Mohd Dali, N. R.S, Wan Adnan , W.M.S , Syed Hassan, S.N (Eds.). (2023). In E-Proceeding (Extended Abstract) SAIS 2023 Seminar Antarabangsa Islam dan Sains 2023 (pp. 1–135). Penerbit USIM.