Publication:
Kepelbagaian Dan Kesepaduan Etnik Di Malaysia Menurut Islam

dc.contributor.authorMohamad Rohana, N. A.en_US
dc.contributor.authorP.Rameli, M. F.en_US
dc.contributor.authorNordin, R.en_US
dc.contributor.authorHashim, S. N. I.en_US
dc.date.accessioned2024-05-30T01:43:40Z
dc.date.available2024-05-30T01:43:40Z
dc.date.issued2017
dc.description.abstractKajian ini membincangkan tentang asas kewujudan pelbagai etnik di Malaysia berasaskan sejarah pembentukan negara Malaysia. Kepelbagaian etnik merupakan satu bukti keagungan Allah SWT. Justeru itu, bagi mencapai matlamat dan hikmah penciptaan tersebut, pelbagai inisiatif dan langkah konstruktif perlu dilaksanakan secara bijaksana di pelbagai peringkat sama ada individu, masyarakat apatah lagi pemerintah berpandukan maksud tersirat di sebalik firman Allah SWT tersebut. Objektif kajian ini adalah untuk menghuraikan beberapa ayat dari Surah al-Hujuraat mengenai hikmah kerencaman etnik yang wujud dengan melihat faktor pembentukan pelbagai etnik di Malaysia dari sudut sejarahnya dan korelasinya dengan realiti semasa dalam rangka membentuk keharmonian etnik. Metodologi kajian yang digunakan ialah kajian kepustakaan menerusi kaedah analisis dokumen. Hasil kajian menunjukkan bahawa keagungan Allah SWT dalam penciptaan etnik yang pelbagai sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah al-Hujuraat, dapat dilihat di seluruh dunia termasuklah di Malaysia. Hakikatnya, kerencaman dan kepelbagaian yang wujud menimbulkan keragaman yang berbeza dan boleh menimbulkan kecelaruan dalam sesebuah negara. Namun demikian, pendekatan yang bijaksana dan bersifat inklusif tanpa mengetepikan mana-mana kaum di Malaysia membolehkan negara ini kekal harmoni dan membangun dengan kepelbagaian yang ada.
dc.identifier.doi10.33102/sainsinsani.vol2no2.41
dc.identifier.epage97
dc.identifier.issn0127-7871
dc.identifier.issue2
dc.identifier.spage88
dc.identifier.urihttp://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/view/41
dc.identifier.urihttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/15082
dc.identifier.volume2
dc.languageMalay
dc.language.isootheren_US
dc.publisherUiTM Melakaen_US
dc.relation.ispartofJurnal Sains Insani
dc.sourceOpen Journal Systems
dc.subjectKepelbagaian etniken_US
dc.subjectMalaysiaen_US
dc.subjectperpaduanen_US
dc.subjectIslamen_US
dc.titleKepelbagaian Dan Kesepaduan Etnik Di Malaysia Menurut Islamen_US
dc.typeArticleen_US
dspace.entity.typePublication

Files

Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
Kepelbagaian Dan Kesepaduan Etnik Di Malaysia Menurut Islam.pdf
Size:
597.52 KB
Format:
Adobe Portable Document Format