Publication:
Penterjemahan Makna Unsur Budaya dalam Novel Arab “Saa'ah Baghdad: Riwayah” ke dalam Bahasa Inggeris melalui Aplikasi e-Translasi Google

dc.contributor.authorArnida Abu Bakaren_US
dc.contributor.authorLubna Abd Rahmanen_US
dc.date.accessioned2024-05-27T14:58:23Z
dc.date.available2024-05-27T14:58:23Z
dc.date.issued2021
dc.date.submitted2021-10-28
dc.description.abstractKajian ini memfokuskan penterjemahan makna unsur budaya dalam novel Arab yang bertajuk “Saacah Baghdad: Riwayah” ke bahasa Inggeris melalui aplikasi e-Translasi Google. Budaya dimiliki oleh masyarakat tertentu dan dipraktikkan daripada satu generasi kepada generasi yang lain dalam satu kelompok manusia berdasarkan tempat dan situasi. Budaya mempunyai kaitan dengan norma serta tatacara hidup dan bahasa yang dipertuturkan dalam masyarakat tersebut. Unsur budaya yang terbahagi kepada budaya kebendaan (material) dan budaya bukan kebendaan (bukan material). Bagi penterjemahan makna unsur budaya tersebut, selalunya berlaku kesulitan dan cabaran yang dihadapi bagi mendapatkan kesepadanan makna kata budaya tidak kira sama ada oleh penterjemah itu sendiri mahupun mesin yang mengendalikan terjemahan atau aplikasi e-Translasi seperti Google Translate (GT). Kesukaran ini disebabkan oleh jurang serta kelainan budaya dan bahasa yang wujud antara teks sumber dan teks sasaran. Faktor inilah yang mendorong pengkaji untuk melakukan kajian berkaitan unsur budaya antara dua bahasa. Oleh itu, objektif kajian ini adalah menelusuri penterjemahan makna unsur budaya yang dilakukan oleh Google Translate dalam novel Arab "Saacah Baghdad: Riwayah" ke bahasa Inggeris. Kajian turut meninjau pendekatan terjemahan yang digunakan oleh aplikasi tersebut bagi membekalkan makna yang dikehendaki dan mencadangkan penambahbaikan yang boleh menjelaskan lagi mesej yang hendak disampaikan ke dalam bahasa sasaran. Kajian menganalisis sampel unsur budaya terpilih berdasarkan kategori yang diketengahkan oleh Newmark (1988) serta berpandukan kamus atas talian (almaany dan Merriam-Webster) bagi mendapatkan ketepatan maksud yang dikehendaki. Kajian mendapati aplikasi e-Translasi Google menghadapi kesukaran dalam menterjemah makna unsur budaya dengan baik, di samping berlaku penyelewengan makna dalam membekal dan menyalurkan maklumat ke dalam bahasa sasaran. Kajian ini menyumbang kepada perkembangan disiplin terjemahan dengan mengenal pasti permasalahan yang dihadapi yang dikendalikan oleh Google Translate, terutamanya dalam terjemahan unsur budaya. Kajian ini diharap dapat membantu pengkaji dalam bidang penterjemahan khususnya berkaitan elemen budaya dan terjemahannya antara dua bahasa.en_US
dc.identifier.doi10.47405/mjssh.v6i3.685
dc.identifier.epage79
dc.identifier.issn2504-8562
dc.identifier.issue3
dc.identifier.other425-32
dc.identifier.spage69
dc.identifier.urihttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/4008
dc.identifier.volume6
dc.publisherSecholian Publication PLT.en_US
dc.relation.ispartofMalaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH)en_US
dc.subjectunsur budaya, aplikasi e-Translasi, google translate, novel Arab, bahasa Inggerisen_US
dc.titlePenterjemahan Makna Unsur Budaya dalam Novel Arab “Saa'ah Baghdad: Riwayah” ke dalam Bahasa Inggeris melalui Aplikasi e-Translasi Googleen_US
dc.title.alternativeThe translation of Cultural Elements in the Arabic Novel "Saa'ah Baghdad: Riwayah" into English via Google e-Translationen_US
dc.typeArticleen_US
dspace.entity.typePublication

Files

Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
204. Penterjemahan Makna Unsur Budaya Dalam Novel Arab “Saacah Baghdad-Riwayah” Ke Dalam Bahasa Inggeris Melalui Aplikasi E-translasi Google.pdf
Size:
457.57 KB
Format:
Adobe Portable Document Format