Options
Cabaran Pensijilan Halal : Kesediaan Pengusaha Industri Dan Premis Makanan
Date Issued
2021-08-23
Author(s)
Ameer Fikri Bin Mohamad Hilmi
Muhamad Fakhrul Aiman Bin Mohd Asri
Zainul Arif Bin Mohd Ariffin
Muhammad Iman Hakim Bin Hasbullah
Fazura Binti Minhad
Mohamad Hilmi bin Mat Said
Abstract
Perjuangan untuk memartabatkan Pensijilan Halal di Malaysia bukan satu isu yang baharu. Pihak Halal JAKIM dan Negeri sentiasa memperjuangkan isu ini terutama kepada Pengusaha Industri dan Premis Makanan. Namun, didapati jumlah pengusaha Muslim yang memperoleh pensijilan halal ini tidak seramai pengusaha bukan-Muslim. Artikel ini membincangkan isu dan cabaran pensijilan halal dari sudut sejauh mana kesediaan pengusaha industri halal dan premis makanan untuk memohon sijil halal.Objektif kajian ini memberi fokus kepada pandangan pengusaha Islam dan bukan Islam terhadap permohonan sijil halal di Malaysia. Objektif seterusnya adalah mengkaji pengetahuan pengusaha industri dan premis makanan serta sumber yang diperlukan untuk mematuhi pensijilan halal Malaysia. Metodologi kajian yang digunapakai ialah kajian kepustakaan iaitu merujuk kepada dokumen-dokumen yang sedia ada yang berkaitan dengan pensijilan halal. Manakala kaedah pengumpulan data adalah secara kualitatif melalui dokumen, temubual dan pemerhatian. Hasil kajian ini mendapati, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan pengusaha industri dan premis makanan didominasi oleh pengusaha bukan-Muslim. Seterusnya, didapati pengusaha industri dan premis makanan kurang pengetahuan dalam pengurusan pensijilan halal. Antara faktor lain kurangnya kesediaan pengusaha adalah dari segi pengurusan sumber yang tidak cekap oleh pihak pengurusan syarikat. Menyedari hal ini, sewajarnya fenomena ini diambil serius oleh pihak berkuasa di bahagian halal untuk terus memberi kesedaran terhadap pentingnya pensijilan halal dimiliki. Antara usaha yang dilaksana oleh pihak berkuasa untuk membantu pengusaha yang tidak mahir dalam pengurusan halal dari segi memberikan latihan, bantuan kewangan dan sebagainya. Akhirnya kajian ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran pengusaha industri dan premis makanan untuk memohon pensijilan halal khasnya di kalangan pengusaha Muslim.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Cabaran Pensijilan Halal Kesediaan Pengusaha Industri dan Premis Makanan.pdf
Size
211.41 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):7811f1ea2b740df37b0ea496c4c6ba15