Options
Unclaimed Money in Islamic Inheritance: A Case Study at Amanah Raya Berhad
Journal
Sains Insani
ISSN
0127-7871
Date Issued
2024-11-30
Author(s)
Muhamad Zuhaili Saiman
Muhammad Danish Farhan Romeyzee
DOI
10.33102/sainsinsani.vol9no2.648
Abstract
<jats:p>Abstract: The issue of unclaimed money in Islamic inheritance is increasing day by day. This is because the community does not care and lacks knowledge in managing inheritance. In addition, the community also lacks awareness of claiming inheritance and unclaimed money. Islamic estate planning is very important to the community because the purpose or objective of making estate planning is to always be prepared for everything that will happen in the future. Therefore, various inheritance management instruments have been introduced including inheritance (faraid), wills, trusts and grants. The study aims to identify the factors and negative impact of the effect of unclaimed money in Islamic inheritance at the Amanah Raya Berhad Shah Alam branch. Amanah Raya Berhad is a company that manages inheritance, wills, etc The research methodology used is the design of qualitative methods through case studies. Data collection was done through a field study at Amanah Raya Berhad thru the interview of 4 senior executives including members of top management from Amanah Raya Berhad Shah Alam. Data and information from in-person interviews are analyzed for this study using content analysis. The results of the study show that Amanah Raya Berhad is committed to help the community in managing inheritances, wills, grants and trusts through the work by staff, marketing and campaigns, but there are still gaps that need to be improved, especially from the point of view of more effective digital marketing and also the rate of processing charges. This study will have a significant impact on society and the country to always be concerned about the issue, causes and effects of this unclaimed money. In addition, the researcher also suggested that the management of Amanah Raya Berhad could consider reducing the existing charge rate to reduce the burden on heirs to create an inheritance in Amanah Raya Berhad.
Abstrak: Isu wang tidak dituntut harta pusaka Islam semakin hari semakin meningkat. Ini kerana masyarakat tidak mengambil berat dan kurang ilmu dalam menguruskan harta pusaka. Selain itu, masyarakat juga kurang kesedaran untuk menuntut harta pusaka dan wang tidak dituntut. Perancangan harta pusaka Islam amat penting kepada masyarakat kerana tujuan atau objektif membuat perancangan harta pusaka adalah untuk sentiasa bersedia dengan segala apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Oleh itu, pelbagai instrumen pengurusan harta pusaka telah diperkenalkan antaranya harta pusaka (faraid), wasiat, amanah dan hibah. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor dan kesan negatif kesan wang tidak dituntut dalam harta pusaka Islam di Amanah Raya Berhad cawangan Shah Alam. Amanah Raya Berhad merupakan sebuah syarikat yang menguruskan harta pusaka, wasiat dan sebagainya Metodologi kajian yang digunakan ialah reka bentuk kaedah kualitatif melalui kajian kes. Pengumpulan data dilakukan melalui kajian lapangan di Amanah Raya Berhad melalui temu bual 4 eksekutif kanan termasuk ahli pengurusan tertinggi dari Amanah Raya Berhad Shah Alam. Data dan maklumat daripada temu bual secara peribadi dianalisis untuk kajian ini menggunakan analisis kandungan. Hasil kajian menunjukkan Amanah Raya Berhad komited membantu masyarakat dalam menguruskan harta pusaka, wasiat, hibah dan amanah melalui gerak kerja kakitangan, pemasaran dan kempen, namun masih terdapat kelompongan yang perlu diperbaiki terutama dari sudut pemasaran digital yang lebih berkesan dan juga kadar caj pemprosesan. Kajian ini akan memberi impak yang besar kepada masyarakat dan negara untuk sentiasa mengambil berat tentang isu, punca dan kesan wang tidak dituntut ini. Selain itu, pengkaji turut mencadangkan agar pihak pengurusan Amanah Raya Berhad dapat mempertimbangkan untuk mengurangkan kadar caj sedia ada bagi mengurangkan beban waris mewujudkan harta pusaka di Amanah Raya Berhad.</jats:p>

File(s)
Loading...
Name
Unclaimed Money in Islamic Inheritance A Case Study at Amanah Raya Berhad.pdf
Size
308.33 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):70ffb497d2a754caa61c1de3caed1602