Publication:
Emosi Dan Kesopanan Komunikasi Dalam al-Qur'an: Tinjauan Psikologi Dan Retorik al-Quran

Loading...
Thumbnail Image

Date

2021

Journal Title

Journal ISSN

Volume Title

Publisher

Fakulti Pengajian Bahasa Utama, USIM

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Pengenalan: Emosi dan kesopanan komunikasi merupakan unsur dan bahagian penting dalam kehidupan manusia. Walaupun pelbagai kajian telah dijalankan dalam kedua-dua bidang, sangat sedikit yang memperkatakan tentang hubungan antara emosi dan kesopanan komunikasi daripada perspektif al-Quran dan ilmu retorik al-Quran. Objektif: Makalah ini bertujuan untuk menjelaskan unsur emosi dan kesopanan komunikasi dalam al-Qur'an daripada perspektif- psikologi dan retorik al-Quran. Metodologi: Kajian ini merupakan penyelidikan kualitatif yang menganalisis ayat-ayat AlQuran berkaitan emosi dan komunikasi dari segi unsur psikologi dan retorik dalam teks alQur'an terpilih. Dapatan: Dapatan menunjukkan bahawa tema emosi dan kesopanan komunikasi dalam alQuran mengandungi prinsip psikologi dan retorik al-Quran (seperti kosa kata, struktur ayat dan makna). Pertama, mesej a-Qur'an tentang emosi menggalakkan para pentelaah alQuran untuk mewujudkan hubungkait emosi dalam konteks ayat-ayat “emosi” itu sendiri dan ayat-ayat yang membangkitkan emosi manusia. Kedua, dari sudut komunikasi, tujuan al-Qur'an adalah untuk memberi sentuhan emosi, jiwa dan pemikiran para pentelaah alQuran. Ketiga, ayat-ayat komunikasi mengandungi unsur retorik al-Ma’ani memaparkan amalan komunikasi yang praktikal dalam menghasilkan komunikasi yang harmoni dan sejahtera. Satu kerangka konsepsual Kesopanan Komunikasi Emosi berteraskan PsikoRetorik al-Quran turut dicadangkan. Kepentingan: Kajian ini merupakan salah satu bidang penyelidikan yang menggabungjalinkan pelbagai bidang (multidisciplinary) iaitu bidang psikologi dan retorik bahasa Arab-al-Quran dalam menjelaskan tema-tema kemanusiaan dalam al-Quran sebagai panduan kepada manusia sejagat.

Description

Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia (MEDC 2020): “Ke Arah Menginsankan Pendidikan di Malaysia / Penyunting Hishomudin Ahmad, Noor Saazai Mat Saad, Rahimah Saimin, Kirembwe Rashid Abdul Hamed, Noorhayati Hashim, Sarifah Nurhanum Syed Sahuri, Zarina Ashikin Zakaria, Nur Shahadah Mohd Surbani 11-12 November 2020 (Seminar Dalam Talian) Anjuran : Fakulti Pengajian Bahasa Utama, USIM & Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia

Keywords

emosi, kesopanan komunikasi, psikologi, kajian retorik, al-Quran

Citation