Options
Metode Interaksi Hadis Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Di Dalam Buku Taktik dan Strategi Berpolitik Gaya Khulafa Ar-Rasyidin
Date Issued
2021-08-17
Author(s)
Ahmad Izzuddin Abu Bakar
Abstract
Tujuan artikel ialah mengenal pasti metode interaksi hadis Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Haji Awang (TGHH) di dalam bukunya Taktik Dan Strategi Berpolitik Gaya Khulafa Ar-Rasyidin. Beliau merupakan ilmuan agama yang berkecimpung di dalam politik. Kajian menggunakan kaedah kualitatif dari jenis analisis kandungan. Dapatan menunjukkan ia mengandungi dua puluh lima (25) buah hadis. Daripada jumlah tersebut, enam belas (16) diriwayatkan oleh salah satu atau lebih kitab-kitab yang dikategorikan sebagai Kutub al-Sittah. Manakala lapan (8) hadis diriwayatkan di dalam kitab Musnad Ahmad. Satu (1) hadis pula tidak dapat ditemui oleh pengkaji. Pecahan status hadis adalah: tiga belas (13) hadis adalah sahih kerana ia diriwayatkan di dalam Sahih Bukhari atau Sahih Muslim, empat (4) hadis dinyatakan oleh pentahkik sebagai sahih, dua (2) hadis dinyatakan oleh pentahkik sebagai Sahih Lighairihi, dua (2) hadis dinyatakan oleh pentahkik sebagai Hasan Lighairihi, dua (2) hadis dinyatakan oleh pentahkik sebagai Sanadnya Hasan, satu (1) hadis dinyatakan oleh pentahkik sebagai Sebahagiannya Sahih dan satu (1) tidak dapat dipastikan kerana matan asal tidak ditemui oleh pengkaji. Metode interaksi hadis yang dikenal pasti ialah Membawa Terjemahan, Mafhum Atau Sebahagian Hadis, Mengeluarkan Pengajaran Hadis Dari Sudut Politik, Menjelaskan Salah Faham Masyarakat Di Dalam Huraian Hadis dan Menggunakan Sumber Muktabar Dan Hadis Sahih.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Metode Interaksi Hadis Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Di Dalam Buku Taktik dan Strategi Berpolitik Gaya Khulafa Ar-Rasyidin.pdf
Size
765.45 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):0d07d772debef43c1646b5754918d0d8