Options
Melonjakkan Aspirasi Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi yang Mampan
Date Issued
2022
Author(s)
Rohasdeen Rosli
Abstract
Penjenamaan pengantarabangsaan pendidikan tinggi negara telah dilaksanakan secara berterusan sejak dua dekad lalu. Beberapa dasar pengantarabangsaan telah diperbaharui dan diperkenalkan untuk mempergiatkan program promosi pendidikan negara ke mata dunia. Untuk negara menjadi hub pendidikan asia dan dunia, pelbagai inisiatif dilaksanakan sehingga membawa kepada kewujudan agensi kolaborasi seperti Jabatan Imigresen Malaysia, Education Malaysia Global Services dan sokongan dari institusi pengajian awam dan swasta bagi memastikan peta pendidikan negara dapat dilukis glokal & global. Namun cabaran penjenamaan antarabangsa pendidikan negara kini perlu diperhalusi lagi dari segi strategi komunikasi penjenamaannya (branding communication strategy) dan ianya boleh dimulakan dari pelbagai sudut seperti meningkatkan taraf kedudukan indek tinjauan antarabangsa, merubah klise program promosi antarabangsa, memperkemaskan reputasi pengurusan pelajar antarabangsa oleh IPT dan dasar keselamatan negara boleh melebarkan lagi jaringan ekosistem promosi pendidikan ke pentas dunia. Kertas ini cuba merungkai permasalahan penjenamaan antarabangsa pendidikan negara yang belum mempunyai penyelesaian dan kaedah baru untuk mengatasinya. Kertas ini memberikan perpektif baru didalam melihat kejumudan program penjenamaan pendidikan negara yang kini semakin kerap diasak oleh negara-negara rakan Asean kita seperti Indonesia, Thailand, Vietnam dan Filipina yang sudah mula mengorak langkah untuk menjadikan pendidikan sebagai salah satu sumber pendapatan negara dan bakal menyumbang kepada pembangunan kemanusian, sosial dan permodenan masing-masing. Segala pendapat yang ditulis adalah berbentuk makro dan ditujukan kepada penyata polisi pendid ikan negara untuk mula memikirkan kepentingan penjanamaan pengantarabangsaan pendidikan negara yang baru untuk menyambut kedatangan masa depan dunia yang tidak ketentuan ini.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Melonjakkan Aspirasi Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi yang Mampan.pdf
Size
132.52 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):f2ce17ceb7637c3a3c3b5c4d25a5ae79