Options
Analisis Tematik Fatwa Negeri Johor dari Tahun 1921-1939
Date Issued
2024
Author(s)
Muaz Muhammad Arif
Mohammad Naqib Hamdan
Aminudin Hehsan
Nasiibah Ramli
Nur Najwa Hanani Abd Rahman
Abstract
Amalan meminta fatwa oleh orang Islam telah diamalkan sejak zaman Rasulullah SAW dan istilah yang digunakan oleh para ulama adalah istifta’. Fatwa yang diputuskan oleh para mufti meliputi pelbagai bidang melibatkan seperti ibadah, muamalah, munakahat dan jinayat, termasuklah isu semasa seperti perubatan dan politik. Di negeri Johor, rekod dan himpunan fatwa Mufti Johor juga boleh diakses seawal tahun 1920an dan ia dipelihara dengan baik di Arkib Negara Malaysia Cawangan Negeri Johor. Rekod Jabatan Mufti mengandungi dokumen pertanyaan daripada orang awam dan jawapan mufti serta urusan-urusan pentadbiran yang lain. Namun, fatwa-fatwa ini masih tersimpan dalam bentuk manuskrip tulisan tangan dan ia masih belum ditahkik, dianalisis dan dikaji dengan lebih mendalam. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menganalisis senarai fatwa Mufti Negeri Johor dari tahun 1921 sehingga tahun 1939 secara tematik. Pengkaji menggunakan metodologi kualitatif melalui analisis kandungan dokumen Jabatan Mufti yang disimpan di dalam Arkib Negara Malaysia Cawangan Negeri Johor. Analisis dilakukan secara
diskriptif. Hasil kajian mendapati kebanyakan permasalahan yang dialami oleh masyarakat dalam tempoh tersebut adalah berkaitan fara’id dan isu-isu kekeluargaan seperti penceraian dan pernikahan. Ia dijangka membuka peluang penyelidikan baharu terhadap fatwa-fatwa Negeri Johor dengan lebih mendalam. Kajian ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada para pengkaji ilmu Islam untuk memahami isu-isu yang berlaku dalam kalangan masyarakat yang perlu diberi perhatian oleh mufti.

File(s)
Loading...
Name
Analisis Tematik Fatwa Negeri Johor dari Tahun 1921-1939.pdf
Size
278.48 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):bdce08eebf57ac5ad1f6b0e13694ac74