Options
Teori Komunikasi Akomodasi dan Komunikasi Silang Budaya dalam Filem Talentime
Date Issued
2023
Abstract
Filem merupakan alat komunikasi untuk menggambarkan keadaan sebenar budaya masyarakat. Malaysia. Talentime (2009) yang merupakan filem terakhir Yasmin Ahmad dipilih sebagai bahan kajian kerana filem tersebut mempunyai naratif yang memaparkan elemen komunikasi silang budaya (KSB), di mana terdapat entiti watak-watak yang terdiri daripada pelbagai suku bangsa dan agama yang berbicara dalam pelbagai bahasa sehinggakan filem tersebut dikatakan menggunakan bahasa “rojak”. Elemen-elemen Teori Akomodasi Komunikasi (TAK) juga dapat dikenal pasti dalam filem tersebut di mana watak-watak dalam filem tersebut menggunakan cara pertuturan dan bahasa yang menggambarkan persetujuan dan persamaan dengan interlokuter atau rakan pembicara. Watak-watak dalam filem tersebut terdiri daripada pelbagai Kumpulan sosial dan mereka menyesuaikan identiti kolektif masing-masing melalui cara pertuturan, Bahasa dan mesej bukan lisan. Ada beberapa adegan dalam filem tersebut yang menggambarkan watak “converge”, iaitu menyesuaikan cara pertuturan atau bahasa agar dapat bercampur dalam “outgroup” di mana watak tersebut merasakan mereka tidak memiliki persamaan atau pertalian sosial. Begitu juga ada elemen “diverge”, di mana watak tersebut membezakan cara pertuturan atau lebih fokus kepada kandungan mesej. Akhir sekali, elemen “maintenance” yang merujuk kepada komunikator yang kekal dengan cara dan tahap komunikasi beliau dan enggan untuk menyesuaikan diri dengan orang lain. Filem Talentime ini dipilih kerana filem ini telah memenangi beberapa anugerah seperti Anugerah Filem Asia Tenggara Terbaik di Festival Antarabangsa Cinemanila 2009 dan Anugerah Lakon Layar Terbaik dan Pengarah Terbaik di Festival Filem Malaysia 2009. Kajian ini menggunakan analisis naratif dan mendapati mise en scene memaparkan elemen-elemen KSB dan akomodasi dalam filem tersebut.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Teori Komunikasi Akomodasi dan Komunikasi Silang Budaya dalam Filem Talentime.pdf
Size
294.47 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):7f6f6e963e9dda73e2d83a7cd2dc00a7