Options
Keperluan Ujian Bertulis dan Temuduga dalam Pelantikan Peguam Syarie: Analisis dan Cadangan
Date Issued
2025
Author(s)
Abdul Karim Ibrahim
Amirah Aqilah Mohd Zin
Mohd Sabree Nasri
Abstract
Kajian ini meneliti keperluan pelaksanaan ujian bertulis dan temuduga dalam proses pelantikan peguam syarie di Malaysia. Profesion guaman syarie memainkan peranan penting dalam memastikan hak-hak pihak berkenaan di Mahkamah Syariah terpelihara serta keadilan ditegakkan berasaskan hukum syarak. Walau bagaimanapun, ketidakselarasan syarat kelayakan ujian bertulis dan temuduga antara negeri menimbulkan isu standard penilaian yang berbeza serta menyukarkan mobiliti peguam syarie untuk beramal di pelbagai negeri. Persoalan utama yang timbul ialah sama ada perlu diwujudkan sistem penyeragaman bagi meningkatkan integriti profesion guaman syarie serta keyakinan masyarakat terhadap institusi kehakiman Islam. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti konsep pelantikan peguam syarie menurut undang-undang dan prinsip Islam, menilai pelaksanaan semasa ujian bertulis dan temuduga, serta mencadangkan penambahbaikan terhadap ketidakselarasan yang wujud. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berbentuk doktrinal melalui analisis kepustakaan terhadap enakmen, kaedah pelantikan, buku, artikel, dan jurnal akademik. Di samping itu, kaedah temubual separa berstruktur turut dijalankan bagi memperoleh pandangan empirikal daripada pegawai dan pengamal undang-undang syariah. Hasil kajian menunjukkan wujudnya perbezaan ketara antara negeri dalam menetapkan syarat ujian dan temuduga yang memberi kesan kepada tahap keseragaman penilaian serta menimbulkan kekeliruan dalam kalangan calon. Kajian ini mencadangkan garis panduan penyeragaman meliputi aspek pemarkahan, kandungan ujian, kategori calon yang perlu menduduki ujian bertulis, serta penerbitan bank soalan terdahulu sebagai rujukan rasmi. Secara keseluruhan, kajian ini menyumbang kepada pengukuhan sistem pelantikan peguam syarie yang lebih telus dan seragam di seluruh negara tanpa menjejaskan bidang kuasa negeri. Kesimpulannya, penyeragaman dianggap langkah penting bagi memastikan profesion peguam syarie terus berwibawa, dihormati, dan menjadi teras keadilan dalam sistem perundangan Islam Malaysia.
File(s)
Loading...
Name
Keperluan Ujian Bertulis dan Temuduga dalam Pelantikan Peguam Syarie.pdf
Size
761.02 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):acc1d4a24e5dbf9f3ad7c9c0a7803165