Options
Keselarasan Kreativiti Saintifik Tauhidik dalam Perbincangan Ulul Albab Bertunjangkan Al-Quran
Date Issued
2024
Author(s)
Shahrul Nizam Ishak
Shaik Abdullah Hassan Mydin
Abstract
Menerusi pendidikan yang merupakan tulang belakang terhadap penjanaan kognitif pelajar seharusnya berpedomankan bimbingan al-Quran terutamanya bagi pelajar Muslim. Kreativiti saintifik lazim menjadi keperluan dalam pembangunan kurikulum pendidikan masa kini. Maka, timbul persoalan: Adakah komponen kreativiti saintifik lazim tersebut memadai dan selaras dengan pedoman al-Quran dalam perbincangan ulul albab? Hal tersebut penting terhadap pelajar Muslim disebabkan setiap individu Muslim tertakluk kepada tatafikir yang menepati piawaian wahyu. Didapati persoalan tersebut terlepas pandang dikalangan penyelidik dan ia adalah tujuan utama penulisan makalah ini. Metodologi kualitatif digunakan bagi menyelidik, mengenalpasti, menerangkan dan menjawab persoalan berdasarkan analisis data deskriptif. Perincian hasil dapatan menunjukkan bahawa komponen kreativiti saintifik tauhidik (KST) memperlihatkan keselarasan maklumat tanpa percanggahan dalam perbincangan ulul albab yang bertunjangkan al-Quran. Oleh itu, cadangan yang dikemukakan dalam makalah ini dengan memperkenalkan komponen Tauhidik terhadap kreativiti saintifik dilihat sesuai untuk diterapkan dalam pembangunan kurikulum pendidikan kotemporari khususnya dikalangan pelajar Muslim dan juga non-Muslim.
File(s)
Loading...
Name
Keselarasan Kreativiti Saintifik Tauhidik dalam Perbincangan Ulul Albab Bertunjangkan Al-Quran.pdf
Size
258.07 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):cb9d6a052e9cb28b3b4e69d60f3a95cd