Options
Peranan Pentadbir Sekolah Dalam Penghasilan Inovasi Pengajaran Guru
Journal
ABQARI : Journal of Islamic Social Sciences and Humanity
ISSN
2504-8422
Date Issued
2024
Author(s)
Wan Ali Akbar Wan Abdullah
Nursafra Mohd Zhaffar
Mohd Hidayat Bin Mahadi
Rossidi Bin Usop
Universiti Sains Islam Malaysia
DOI
10.33102/abqari.vol31no2.647
Abstract
Inovasi adalah kepakaran yang mesti dimiliki oleh pekerja di masa hadapan. Guru juga mesti memiliki kepakaran berinovasi agar kualiti pengajaran yang diberikan mencapai tahap piawaian yang ditetapkan. Namun, pelbagai kekangan perlu dihadapi oleh para guru menyebabkan mereka sukar untuk berinovasi. Walau bagaimanapun, terdapat segelintir guru yang dikesan konsisten menghasilkan inovasi. Fenomena ini menarik untuk diterokai. Kajian ini dijalankan untuk meneroka peranan yang dimainkan oleh pentadbir di peringkat sekolah dalam merangsang guru inovatif berinovasi. Kajian ini dijalankan dalam bentuk kajian kes. Seramai tujuh peserta kajian terlibat. Peserta kajian dipilih menggunakan teknik persampelan bertujuan dan dijejak menggunakan teknik bola salji. Data dikutip melalui temu bual secara separa berstruktur dan mendalam serta dianalisis dengan bantuan aplikasi NVivo. Kesahan dan keboleh percayaan data diperoleh melalui triangulasi, pengesahan peserta, berada lama di lapangan dan semakan protokol oleh pakar. Dapatan menunjukkan pentadbir di sekolah mengambil lima peranan untuk merangsang penghasilan inovasi di kalangan guru, iaitu; 1) sebagai pencetus budaya kerja inovatif, 2) komunikasi lisan, 3) memanfaatkan inovasi dalam program sekolah, 4) sama-sama berinovasi, dan 5) 33 memanfaatkan kepakaran guru inovatif sedia ada. Dapatan kajian memberi panduan kepada para pentadbir untuk menyusun langkah agar berjaya mewujudkan budaya pengajaran inovatif di sekolah mereka.
File(s)
Loading...
Name
Peranan Pentadbir Sekolah Dalam Penghasilan Inovasi Pengajaran Guru
Type
main article
Size
290.52 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):7661fca710f8357e5debe6fc97eb19cf