Options
Tok Pulai Chondong: Sumbangan dan Jaringan Intelektual Ulama Patani dalam Pengembangan Tradisi Keilmuan di Alam Melayu
Date Issued
2025
Author(s)
Nurul Izzatul Huda Mohamad Zainuzi
Abstract
Kajian ini membincangkan peranan seorang ulama tersohor dari Kelantan, Tok Pulai Chondong atau nama sebenarnya Haji Abdul Samad bin Faqih Haji Abdullah (1792–1873), dalam memperkasa dan menyebarkan ilmu Islam tradisional di Alam Melayu. Tokoh ini bukan sahaja berpengaruh di tanah kelahirannya, malah mempunyai hubungan rapat dengan jaringan ulama Patani yang terkemuka, antaranya Syeikh Daud al-Fatani dan Syeikh Abdul Rahman Abdul Mubin al-Fatani. Tujuan utama kajian ini adalah untuk meneliti jaringan intelektual beliau serta sumbangannya dalam memperkukuhkan kesinambungan tradisi ilmu di rantau ini, kajian ini menggunakan pendekatan kepustakaan dengan menganalisis artikel, manuskrip, karya terdahulu, dan catatan biografi. Melalui penelitian terhadap latar pendidikan, hubungan kekeluargaan, penulisan karya, serta pembinaan pondok pengajian di Pulai Chondong, kajian ini berjaya mengenal pasti kedudukan Tok Pulai Chondong sebagai seorang pendidik, penulis, dan tokoh tarekat yang beramal dengan wirid serta hizib, bahkan dikenali dengan keistimewaan karamah yang diakui masyarakat setempat. Hasil kajian mendapati beliau telah melahirkan ramai murid berpengaruh di Alam Melayu dan memainkan peranan penting dalam menghubungkan tradisi keilmuan Islam berasaskan sanad pengajian yang mantap. Penulisan ini menegaskan bahawa jaringan ulama Nusantara yang didukung oleh Tok Pulai Chondong menjadi asas kepada kelangsungan dan perkembangan tradisi keilmuan Islam di Alam Melayu.
File(s)
Loading...
Name
Tok Pulai Chondong.pdf
Size
625.11 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):a11e24f428a658d3bb8109a34bc8a994
