Options
Penguasaan Bahasa Arab dan Kitab Turath Sebagai Kompetensi Teras Peguam Syarie Masa Kini
Date Issued
2025
DOI
https://alnadwah.usim.edu.my/cforsjprocedia/paper/view/202
Abstract
Penguasaan Bahasa Arab dan kemahiran memahami kitab turath merupakan elemen asas yang membentuk kompetensi profesional dan autoriti ilmiah dalam profesion guaman syarie. Kajian ini bertujuan meneliti kepentingan kedua-dua aspek tersebut sebagai teras keilmuan yang menyokong keupayaan peguam syarie dalam memahami, menghujahkan dan menafsir hukum berdasarkan sumber Islam yang autentik. Dengan menggunakan kaedah kajian kepustakaan, analisis ini menelusuri pelbagai sumber klasik dan kontemporari termasuk kitab fiqh mazhab Syafie, karya usul al-fiqh, artikel akademik, laporan institusi kehakiman, dan dokumen latihan guaman syarie. Dapatan kajian menunjukkan bahawa walaupun kesedaran terhadap keperluan penguasaan Bahasa Arab dan turath semakin meningkat, tahap penguasaan sebenar masih sederhana disebabkan kekangan masa, kekurangan bahan bantu moden, serta pendekatan pengajaran yang tidak berorientasikan aplikasi praktikal. Oleh itu, kajian ini mencadangkan penggubalan kurikulum latihan guaman syarie yang menekankan integrasi Bahasa Arab, ilmu turath, dan teknologi digital secara menyeluruh bagi memperkukuh kompetensi peguam syarie masa kini. Implikasi kajian ini menegaskan bahawa penguasaan dua komponen ilmu tersebut bukan sekadar nilai tambahan akademik, tetapi merupakan keperluan strategik bagi memastikan profesionalisme, kewibawaan, dan kesinambungan tradisi keilmuan Islam dalam sistem perundangan syariah negara
File(s)
Loading...
Name
Penguasaan Bahasa Arab dan Kitab Turath Sebagai Kompetensi Teras Peguam Syarie Masa Kini.pdf
Size
664.71 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):7a9bb6cad7c444038593dee1d5d20ee7