Options
Kepentingan Air dalam Tafsir Hamka – Tinjauan Ketuhanan dan Realiti Alam
Date Issued
2025
Author(s)
Kasim Ramli
Abstract
Kajian ini membincangkan kepentingan air dalam Tafsir al-Azhar oleh Buya Hamka dengan memberi penekanan kepada dua dimensi utama: Ketuhanan dan Realiti Alam. Air dilihat sebagai anugerah Ilahi yang memainkan peranan penting dalam kelangsungan hidup manusia dan ekosistem alam. Dalam konteks Islam, air dikaitkan dengan unsur kesucian, kehidupan dan rahmat, sebagaimana digambarkan secara mendalam dalam pelbagai ayat al-Qur’an yang dihuraikan oleh HAMKA. Kajian ini bertujuan menzahirkan sisi ketuhanan berkaitan air dalam tafsir tersebut, serta menelusuri keperluan asas terhadap air khususnya di Indonesia dan secara amnya di rantau Nusantara yang kaya dengan sumber semula jadi dan budaya. Secara keseluruhan, kajian ini menyimpulkan bahawa tafsir HAMKA membuka ruang pemahaman mendalam terhadap air sebagai lambang rahmat dan kekuasaan Allah, namun memerlukan pendekatan lanjutan untuk menangani cabaran alam sekitar kontemporari.
File(s)
Loading...
Name
Kepentingan Air dalam Tafsir Hamka – Tinjauan Ketuhanan dan Realiti Alam.pdf
Size
592.93 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):675248506f48174285eaa3150d838807