Publication: Perkembangan Dan Pola Literatur Maqāṣid Syarīʿah Di Malaysia: Analisis Sistematik
Loading...
Date
2021
Authors
Ahmad Syukran Baharuddin
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
INTELLIGENTIA RESOURCES
Abstract
Maqāṣid Syariahmerupakan cabang ilmu yang berasaskan al-Qurandan al-sunnah. Wacana-wacana intelek berkaitan Maqāṣid Syariahdilihat semakin bertambah dengan sokongan yang diberikan oleh pihak pemerintah di Malaysia. Antara indikator yang digunakan bagi menunjukkan tahap persediaan ahli akademik di Malaysia berkenaan wacana Maqāsid Syariahini ialah melalui pemerhatian semula terhadap kewujudan literatur dan penulisan artikel jurnal yang telah diterbitkan. Melalui penulisan artikel jurnal, ia secara tidak langsung membuktikan wujudnya pendedahan, wacana dan kajian yang serius berkenaan konsep Maqāsid Syariahdalam kalangan ahli akademik. Kajian kualitatif ini menganalisis status perkembangan Maqāsid Syariahdi Malaysia berdasarkan penulisan dan penerbitan yang telah dilakukan. Kajian ini menggunakan metodologi PRISMA dengan skop data simpanan di web www.scopus.com dan http://myjurnal.my yang menghimpunkan ribuan penulisan ilmiah di dunia. Hasil tapisan akhir mendapati sebanyak 296 artikel berkaitan Maqāṣid Syariahtelah diterbitkan dalam pelbagai bidang. Pola-pola penulisan juga dianalisis bagi melihat kecenderungan penulisan paraakademia dalam bidang ini. Kajian ini diharapkan dapat menjadi panduan kepada penyelidikan seterusnya terutama penyelidik novis.
Description
Volume: 2 No. 1 (pp.38-55)
Keywords
Analisis sistematik,PRISMA,maslahah,Maqāṣid Syariah, Trend Penulisan Ilmiah
Citation
Baharuddin, A. S., Abdull Rahim, A., Wan Ismail, W. A. F., Abdul Mutalib, L., Roslan, S. R. A., & Ruskam, A. (2021). Perkembangan Dan Pola Literatur Maqāṣid Syarīʿah Di Malaysia: Analisis Sistematik: The Development and Literature Pattern of Maqāṣid Al-Shari’ah in Malaysia: A Systematic Analysis. AL-MAQĀṢID The International Journal of Maqāṣid Studies and Advanced Islamic Research, 2(1), 38–55. https://doi.org/10.55265/almaqasid.v2i1.12