Repository logo
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
Repository logo
    Communities & Collections
    Research Outputs
    Fundings & Projects
    People
    Statistics
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
  1. Home
  2. USIM Journals
  3. Journal of Fatwa Management and Research (JFatwa)
  4. Metodologi Pengeluaran Fatwa di Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor
 
  • Details
Options

Metodologi Pengeluaran Fatwa di Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor

Journal
Journal of Fatwa Management and Research
Date Issued
2018
Author(s)
Mohd Shah, M. F.
Pauzi, N.
Abstract
Dalam disiplin penyelidikan hukum Islam, kekuatan pendalilan dan kaedah istinbat yang jelas merupakan tunggak utama dalam pembinaan hukum Islam berasaskan kepada aplikasi ilmu usul al-fiqh dan maqasid al-shari’ah. Namun begitu, apa yang berlaku di institusi fatwa negeri Johor adalah sebaliknya. Kaedah penyelidikan fatwa yang diaplikasi oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor dalam menyelesaikan isu fatwa semasa tidak berasaskan kepada disiplin penyelidikan hukum Islam yang tepat dan sebenar. Malahan input-input semasa yang berkaitan dengan isu fatwa juga tidak dinyatakan secara jelas dalam kaedah penentuan hukum sama ada dalam bentuk realiti yang berlaku atau pembuktian secara saintifik. Justeru, kertas kerja ini akan membincangkan prosedur fatwa Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor berdasarkan metode-metode yang diaplikasi dalam menyelesaikan isu-isu yang bersifat semasa. Metodologi kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah melalui metode perpustakaan dan metode lapangan. Hasil kajian menunjukkan bahawa pengurusan dan pengeluaran fatwa di negeri Johor hanya terletak di bawah bidang kuasa Jabatan Mufti Johor. Metode fatwa yang diamalkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor merangkumi dua metode iaitu pertama, kaedah penyelidikan dalaman yang merangkumi kajian kepustakaan menerusi pengaplikasian dari sumber asas dan dalil-dalil syarak. Kedua, kaedah penyelidikan lapangan yang meliputi kajian luaran atau turun ke lokasi kajian seperti observasi, soal selidik dan temubual dan rujukan kepada pakar dalam bidang yang berlainan. Pertimbangan maslahah dan mafsdah juga dimplementasikan oleh Jawatankuasa Fatwa dalam setiap keputusan fatwanya berasaskan standard yang menepati kepentingan maqasid al-shari’ah.
Subjects

Metode

fatwa

istinbat

usul al-fiqh

maqasid al-shari'ah

File(s)
Loading...
Thumbnail Image
Name

Jurnal of Fatwa and Management Research_JURNAL_Vol.13_Metodologi pengeluaran fatwa di Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor.pdf

Size

1.16 MB

Format

Adobe PDF

Checksum

(MD5):0734dec58e5e36a0fa55052ae83ba9bd

Welcome to SRP

"A platform where you can access full-text research
papers, journal articles, conference papers, book
chapters, and theses by USIM researchers and students.”

Contact:
  • ddms@usim.edu.my
  • 06-798 6206 / 6221
  • USIM Library
Follow Us:
READ MORE Copyright © 2024 Universiti Sains Islam Malaysia